Proton Suprima S Kini Di Pasaran


Setelah memperkenalkan Proton Saga SV, Proton Holdings Berhad (PROTON) kembali mengegarkan dunia automotif dengan melancarkan model hatchback, Proton Suprima S di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade hari ini. 

Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Datuk Seri Mohd Kamil Jamil berkata, “Penciptaan Proton Suprima S merupakan satu cabaran buat Proton untuk menghasilkan sebuah kenderaan yang berteknologi tinggi dan canggih dari semua aspek serta menepati piawaian antarabangsa dari faktor keselamatan dan kualiti.” 

Dikuasakan dengan enjin Campro 1.6 Tubro,kelebihan Suprima S terletak pada teknologi yang digunakan seperti cermin sisi dengan lampu LED, lampu depan dan belakang dengan LED, 7 inci skrin paparan LCD dengan pemain DVD, Integrated DSP, sambungan Bluetooth, USB dan iPod. 

Hadir dengan lima warna menarik; Fire Red, Tranquility Black, Solid White, Genetic Silver dan Atlantic Blue, Proton Suprima S yang memiliki reka bentuk sporty dan segar ini menepati standart keselamatan antarabangsa dengan pengiktrafan 5-bintang dari ANCAP. 

Dengan tempoh menunggu hanya sebulan (bergantung kepada tempahan), Proton telah menerima tempahan pertama oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid Albar. 

Pelancaran model terbaru Proton Suprima S terbaru ini telah dirasmikan oleh Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohammad. 

Proton Suprima S Executive: RM76, 688 (metallic); RM76, 338 (solid) 
Proton Suprima S Premium: RM79, 988 (metallic); RM79, 638 (solid) 
*harga atas jalan

Anda ingin memilikinya? hubungi wakil penjual* kami di 012-512 0595 (Nonie) atau email : aizulnie_1972@yahoo.com Kami sedia membantu anda!

*Untuk berhampiran : Sungai Besar, Sabak Bernam, Teluk Intan, Slim River, Tapah, Bidor, Sungkai, Manjung, Kg Gajah, Bota, Seri Iskandar, Sitiawan, Batu Gajah, Kampar Dan Sekitar Ipoh Sahaja.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 
 
 
 
 
 
 
 

sumber : bhauto
Share this article :

+ comments + 1 comments

TAMING SARI
19 Ogos 2013 9:25 PG

Tahniah PROTON harap PROTON dapat keluarkan semua segmen untuk bersaing.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger