Proton Suprima S : Gambar, Brochure, Harga Dan Spesifikasi Penuh!!


Akhirnya teka-teki mengenai model terbaru Proton ini semakin terjawab. Model yang dinamakan Proton Suprima S ini bakal dilancarkan pada sabtu ini 17 Ogos 2013 di Menara Matrade. Orang ramai boleh mengunjungi mana-mana Pusat Pameran Proton berdekatan. 

Jika dilihat pada gambar-gambar yang kini telahpun tersebar luas di internet, interior mungkin tidak banyak berubah berbanding Preve, kelihatan kemasan dashboard dengan paparan warna silver beserta radio skrin lebih besar. Suprima S ini juga dilengkapi 6 airbag, rim sukan 17 inci serta kemasan gril yang lebih sporty. 

Kini tiada lagi emblem CFE, ia terus digantikan TURBO serta Handling By Lotus, menampakkan keistimewaan sebenar yang ada pada model Proton. Pihak Proton sedang giat menghantar Suprima S ke semua Pusat Jualan Proton. 

Laman web lowyat.net telah memuatnaik foto brochure dengan resolusi lebih tinggi. Kita boleh lihat harga model ini, yang bermula dari RM76,338 untuk varian Executive Campro 1.6 Turbo (Solid) hingga RM79,998 untuk varian Premium Campro 1.6 Turbo (Metalik). 

Kedua-dua varian Suprima S Executive dan Suprima S Premium dilengkapi enjin Campro 1.6 Turbo, yang sebelumnya dikenali sebagai enjin CFE seperti mana didapati pada model Preve Premium.

Menurut maklumat yang tertera di brochure, enjin turbo tersebut menghamburkan kuasa kuda setinggi 140PS@4,000rpm, dengan kuasa tork mencecah 205Nm@2,000-4,000rpm. Mungkin tiada perbezaan kuasa enjin tersebut dengan enjin CFE pada model Preve Premium, (Preve Premium 138hp, bersamaan 140PS, sementara tork adalah sama 205Nm).

Berat Suprima S (kerb weight) ialah 1,375kg (varian Executive) dan 1,395kg untuk varian Premium, sementara berat Preve Premium pula ialah 1,340kg (kerb weight), lebih rendah sebanyak 35kg dan 55kg berbanding kedua-duanya. 

Melihat kepada pecutan dari 0 ke 100km pula, Suprima S mampu mencatatkan masa pecutan 9.9 saat, sementara Preve Premium 9.6 saat, kurang 0.3 saat berbanding Suprima S. Jom kita serbu Pusat Jualan Proton berhampiran pada sabtu ini!

Anda ingin memilikinya? hubungi wakil penjual* kami di 012-512 0595 (Nonie) atau email ke :aizulnie_1972@yahoo.com Kami sedia membantu anda!

*Untuk berhampiran : Sungai Besar, Sabak Bernam, Teluk Intan, Slim River, Tapah, Bidor, Sungkai, Manjung, Kg Gajah, Bota, Seri Iskandar, Sitiawan, Batu Gajah, Kampar Dan Sekitar Ipoh Sahaja.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ











sumber : funtasticko / keretamoto / lowyat
Share this article :

+ comments + 22 comments

Tanpa Nama
15 Ogos 2013 7:53 PG

gambar dlm brochure x cantik tp gambar sebenar lg menampakkan rupa sebenar.

Tanpa Nama
15 Ogos 2013 8:00 PG

awek dlm brochure tu jugak yg cantik.. hahaha!!!

Tanpa Nama
15 Ogos 2013 8:35 PG

suprima s? aku rasa preve lg ok.

TAMING SARI
15 Ogos 2013 9:00 PG

Tahniah PROTON

Tanpa Nama
15 Ogos 2013 9:24 PG

SUBARU buatan Malaysia.

Tanpa Nama
15 Ogos 2013 9:27 PG

harga mungkin mahal dr preve. biasanya hatchback mahal dr sedan.

Tanpa Nama
15 Ogos 2013 9:31 PG

belakang mcm ada elemen ford. memang saya suka rekabentuk camni. harap ada facelift untuk redesign balik lampu depan serupa jadi mcm konsep proton tuah.

Tanpa Nama
15 Ogos 2013 9:40 PG

elok juga letak emblem turbo tu.. bkn semua org ambil tau pasal CFE dan CPS tu ape.. atleast perkataan turbo tu lg senang nk paham. proton dh x pakai ke 'proton ride n handling'? lg glamer guna yg original 'lotus ride n handling'.

Tanpa Nama
15 Ogos 2013 9:43 PG

dengar cerita, R3 akan keluarkan bodykit untuk preve. boleh la masukkan dlm suprima ni. saya nampak suprima ni sporty tp kosong plak tanpa bodykit.

Tanpa Nama
15 Ogos 2013 9:44 PG

kalau kita tgk pic suprima merah.. ada tertulis proton kat bawah logo. nice!

Tanpa Nama
15 Ogos 2013 9:48 PG

menyesal pulak aku ambik almera. apa nak buat :-(

Tanpa Nama
15 Ogos 2013 9:51 PG

dlm masa terdekat viso juga nk dilancarkan.. apepun support proton. harap harga berbaloi..

Tanpa Nama
15 Ogos 2013 10:19 PG

rim sukan yg menarik. dh lama proton x keluar model dgn rim yg sporty.

Tanpa Nama
15 Ogos 2013 10:22 PG

ada x suprima sv ? murah skit..

Tanpa Nama
15 Ogos 2013 10:29 PG

bumper belakang memang garang. cuma perlu tambah skirting tepi dan hadapan. biar nampak lebih garang dari segala sudut.

Tanpa Nama
15 Ogos 2013 10:32 PG

saya juga berpendapat, perlu ada side liner di pintu. baru nampak lbh sporty seperti neo r3

Tanpa Nama
15 Ogos 2013 11:02 PG

bikin la terus suprima r3. apa la proton ni.. aku bkn jenis suka bikin kereta lps beli. kalau ada yg dh siap bodykit lg bagus.

Tanpa Nama
15 Ogos 2013 11:04 PG

perlu ada reflektor kat bahagian bwh bumper kot..

Tanpa Nama
15 Ogos 2013 11:05 PG

apsal chrome bar dh xde kat belakang?

Tanpa Nama
15 Ogos 2013 3:23 PTG

Terbaik lah proton!

Tanpa Nama
15 Ogos 2013 3:25 PTG

Bangku dah kemasan kulit. Tombol gear. Skrin besar. Jeles aku. Br je ambil preve.

Tanpa Nama
18 September 2013 6:30 PG

kita sama2 tengoklah..samada ianya boleh bersaing di pasaran tempatan dgn harga yg ditawarkan, setakat ini amat jrg benar ada di atas jlnraya. mgkn harganya ada pilihan lain yg lebih beik dari kereta japan ie toyota, honda atau dari korea dsb, mgkn harga lebih sesuai less lagi 5k-8k dari harga ditawarkan

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger