Pelancaran Proton Suprima S aka CH P3-22A Pada Minggu Ini?


Dikhabarkan di kebanyakkan blog automotif tempatan, Proton CH P3-22A aka Preve Hatchback akan dilancarkan pada hujung minggu ini. Dengan menggunakan nama baru iaitu Suprima S, yang mana kemungkinan S bermaksud 'Sport'. Apa yang saya dapat tahu, nama Preve tidak begitu sesuai, mungkin juga sukar disebut dengan betul, ia kelihatan hanya lebih urban. Nama Suprima S nampaknya lebih mudah tak kira untuk golongan di bandar mahupun di kampung.

Turut tertera di badan model ini nanti ialah emblem terbaru yang akan menggantikan emblem CFE. Proton telah menjenamakan semula nama CFE kepada TURBO – Handling By LOTUS ia nampak lebih ganas dengan nama TURBO berbanding dengan CFE. Dikhabarkan juga Proton telah remapped ECU enjin ini bersama sedikit tuning pada CVT3 supaya lebih lancar dan senyap.

Kelihatan juga, Suprima S ini telah pun diangkut dengan lori untuk dihantar ke Pusat-pusat Jualan Proton sebelum Hari Raya tempoh hari. Apapun kehadiran Suprima S ini nanti pastinya menjanjikan sesuatu yang baru dan lebih hebat. Sebenarnya Proton banyak melakukan perubahan yang sangat drastik sejak beberapa tahun ini selepas pengenalan model Persona dan Saga baru. Sama-sama kita nantikan ia.

TERKINI : UNTUK LEBIH BANYAK GAMBAR DAN INFO TERKINI MENGENAI MODEL INI, SILA LAYARI LINK DI BAWAH INI

http://www.azelery.com/2013/08/proton-suprima-s-akan-dilancarkan-sabtu.html

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ



Share this article :

+ comments + 2 comments

Cantik juga. Built in turbo ke?

Tanpa Nama
16 Ogos 2013 3:12 PTG

soft turbo

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger