Ops Selamat 3: Had Laju Jalan Persekutuan, Jalan Negeri Dikurangkan 10km/j

 
Pengurangan had laju 10 kilometer sejam (km/j) di jalan persekutuan dan negeri di seluruh negara akan dilaksanakan sepanjang Ops Selamat 3 yang bermula 1 Ogos hingga 18 Ogos ini sempena Aidilfitri.
 
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata sepanjang tempoh itu, kelajuan di jalan persekutuan akan diturunkan kepada 80km/j berbanding 90km/j manakala had laju di jalan negeri ialah 70km/j berbanding 80km/j sebelum ini.
 
"Pengurangan had laju ini adalah bagi memastikan keselamatan pengguna semasa pulang ke kampung dan kami berharap pengguna dapat mematuhi had laju yang ditetapkan itu,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama mahasiswa Sarawak di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.
 
Selain itu Fadillah juga memaklumkan bahawa pihaknya telah mengarahkan kerja-kerja membaiki jalan raya termasuk yang dilakukan syarikat konsesi lebuh raya turut dihentikan sepanjang Ops Selamat 3 bagi memastikan keselesaan pengguna dan kelancaran trafik.
 
sumber dan diedit semula : Bernama
Share this article :

+ comments + 2 comments

1 Ogos 2013 1:11 PTG

ap pendapat en azelery?

2 Ogos 2013 12:15 PTG

apa yg penting sebenarnya.. pandulah dengan berhemah.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger