DRB-Hicom Kukuhkan Edaran Lotus Di China

DRB-Hicom Bhd dijangka mengukuhkan penguasaannya dalam pengedaran Lotus di China susulan pengambilalihan Symphony Lotus Ltd, yang terlibat dalam pengedaran kereta Lotus, membabitkan sejumlah RM47.25 juta. 

Pengarah Urusan DRB-Hicom Bhd Tan Sri Mohd Khamil Jamil berkata dalam usaha mengukuhkan jenama Lotus, meluaskan kehadiran DRB-Hicom di pasaran China merupakan antara perkara yang dipertimbang oleh syarikat itu. 

"Pasaran automotif China sangat penting. Melihat 21 juta kereta yang dijual setiap tahun di China, ia menunjukkan pasarannya yang sangat mewah dan menarik," katanya pada temu bual dengan Bernama baru-baru ini. Tambahan pula katanya kereta Lotus di China agak baik dan bekalan tidak dapat memenuhi permintaan di negara Tembok Besar itu. 

"Oleh itu penting untuk Lotus memastikan ia memperoleh pegangan dalam pengedaran dunia, dan atas faktor itulah kami mengambil alih Symphony Lotus di China. "Ia bertujuan memastikan kami tidak sahaja dapat mengawal pasukan pemasaran, malah kualiti dan pengedaran produk di China," kata Mohd Kamil.

Pada 11 Jun, DRB-Hicom, menerusi anak syarikatnya, Lotus Advance Technologies Sdn Bhd, menandatangani perjanjian jual beli bersyarat dengan Symphony Lotus membabitkan cadangan pengambilalihan itu. Symphony Lotus hanya memiliki sebuah anak syarikat milik penuh, Beijing Lotus Cars Sales Co Ltd, yang merupakan pengedar kenderaan dan pemborong komponen kereta di China. 

Tidak asing lagi bagi kumpulan syarikat DRB-Hicom, Symphony Lotus dipilih sebagai pengedar sah oleh konglomerat unit kereta sport British secara tidak langsung, Lotus, sebagai pengimport dan pengedar di China Mengenai usaha sama antara Proton Holdings Bhd dan Japanese Honda Motor Co Ltd, beliau berkata produk awal dijangka dikeluarkan menjelang akhir tahun. 

Mohd Kamil yang juga Pengerusi Eksekutif Proton, berkata pembuat kereta nasional itu sedang menyelesaikan fasa pertama perbincangan membabitkan pembangunan kereta dan teknologi. "Kami sedang berusaha untuk fasa kedua yang membabitkan keseluruhan spektrum pembangunan kereta dan teknologi dan kami perlu mengkajinya secara berhati-hati. 

"Diharapkan menjelang akhir tahun, produk awal usaha sama kami ini akan dapat disaksikan oleh rakyat Malaysia," katanya. Pada Oktober tahun lepas, Proton dan Honda menandatangani perjanjian kerjasama bagi melaksanakan pelbagai usaha sama, meningkatkan teknologi, barisan produk baharu, platform dan berkongsi kemudahan. 

Ada yang mengatakan hasil produk usaha sama Proton-Honda itu ialah model penggantian Perdana (PRM) manakala penganalisis industri berkata Proton merancang menggunakan casis Honda Accord sebagai asas PRM, dan enjin itu mungkin berasaskan enjin Petronas 2.0 liter yang dibeli tahun lepas. 

Dalam perkembangan lain, Mohd Kamil menafikan sebarang rancangan untuk membangunkan semula kilang Proton di Shah Alam buat masa ini. "Untuk tempoh beberapa tahun akan datang, saya tidak fikir ada rancangan untuk membangunkan atau membangunkan semula kilang di Shah Alam," katanya. - Bernama

*bila lagi model SUV Lotus-Youngman nak masuk Malaysia ye?
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger