Diskaun Tol Sempena Hari Raya Aidilfitri 2013


Pengguna 22 lebuh raya di seluruh negara akan menikmati rebat dan diskaun tol pada kadar lima hingga 37.5 peratus sempena Aidilfitri, minggu depan. 

Daripada jumlah itu, 17 lebuh raya memberi diskaun lima hingga 37.5 peratus pada 7 hingga 9 Ogos ini. Ia membabitkan : 

  1. Lebuh Raya Koridor Guthrie (GUTHRIE)
  2. Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA)
  3. Lebuh raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) 
  4. Lebuh Raya SMART
  5. Lebuh Raya Shah Alam (KESAS)
  6. Lebuh Raya KL-Karak (KLK)
  7. Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1)
  8. Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
  9. Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)
  10. Lebuh Raya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB)
  11. Lebuh Raya KL-Putrajaya (MEX)
  12. Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya)
  13. Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS)
  14. Lebuh Raya Senai Desaru (SDE)
  15. Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  16. Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP)
  17. Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (SPRINT)

Sementara itu, lima lebuh raya kendalian Projek Lebuh Raya Usaha Selatan (PLUS), pula menawarkan rebat tol 20 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas Satu yang membayar tol secara elektronik pada 5 dan 6 Ogos serta 14 dan 15 Ogos. Lima lebuh raya di bawah PLUS adalah :

  1. Lebuh Raya Utara Selatan kecuali Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar
  2. Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH)
  3. Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  4. Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK) 
  5. Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger