Toyota Vios 2013 Kini Di Malaysia


Pelancaran Vios Baharu kini semakin hampir. Beberapa keping gambar ini telah diambil di Pusat Latihan Toyota di mana latihan sedang diberikan kepada Jurujual. Berdasarkan gambar tersebut, ia adalah Vios TRD Sportivo yang dilengkapi bodykit dan tempat duduk balutan kulit. 

Tempahan untuk Toyota Vios 2013 telah pun dibuka untuk pembeli Malaysia di cawangan jualan Toyota. Tempahan boleh dilakukan dengan membayar “booking fee” sebanyak RM500 yang boleh dipulangkan kembali sekiranya anda membatalkan pembelian.

Dikatakan bahawa varian untuk Toyota Vios 2013 di pasaran Malaysia ialah J, E, G, dan TRD Sportivo. Difahamkan juga model baru ini akan kekal menggunakan enjin 1.5 liter 1NZ-FE VVT-i dan 4 kelajuan Super-ECT transmisi automatik. Namun kesemua ini masih belum dapat disahihkan sehinggalah pengumuman daripada UMW Toyota sendiri.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ



sumber : Arenakereta
Share this article :

Catat Ulasan

 
www.azelery.com dahulu dikenali saluran07.blogspot.com
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger