Tempahan Untuk Toyota Vios 2013 Telah Dibuka Di Malaysia


Menurut sumber, tempahan untuk Toyota Vios 2013 telah pun dibuka untuk pembeli Malaysia di cawangan jualan Toyota. Tempahan boleh dilakukan dengan membayar “booking fee” sebanyak RM500 yang boleh dipulangkan kembali sekiranya anda membatalkan pembelian. 

Apa yang menariknya ialah sehingga ke hari ini, masih tiada sebarang berita terkini mengenai kehadiran Toyota Vios 2013 di Malaysia. Adakah dengan bermulanya pembukaan tempahan bermakna kereta ini akan tiba tidak lama lagi? Untuk makluman, Toyota Vios 2013 telah pun dilancarkan di Indonesia baru-baru ini. 

Dikatakan bahawa varian untuk Toyota Vios 2013 di pasaran Malaysia ialah J, E, G, dan TRD Sportivo. Difahamkan juga model baru ini akan kekal menggunakan enjin 1.5 liter 1NZ-FE VVT-i dan 4 kelajuan Super-ECT transmisi automatik. Namun kesemua ini masih belum dapat disahihkan sehinggalah pengumuman daripada UMW Toyota sendiri. 

sumber : arenakereta
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger