Spyshot Perodua Alza Facelift?


Menurut FB Perodua Alza Club, sebuah Perodua Alza yang sedang diuji telah ditemui di Jalan Kuching oleh saudara Saiful Azhari Zainal Abidin pada 25 Julai yang lepas. Alza tersebut dilihat terdapat sedikit perubahan kecil pada bahagian belakang. 

Mungkin anda perasan lampu brek Alza sebelum ini, bila pemandu tekan brek, kedua-dua jalur LED akan menyala, tetapi kini hanya satu jalur LED sahaja. Saya sendiri akui model Alza sedia ada bila dibrek 2 jalur LED tersebut agak silau untuk pemandu kereta di belakang.

Berkemungkinan juga bintik putih pada bahagian atas no plat seakan-akan terdapat lubang kunci untuk bonet belakang. Model Alza sedia ada tidak mempunyai lubang kunci seperti di dalam gambar. Model Toyota Passo Sette / Daihatsu Boon Luminas sememangnya mempunyai lubang kunci pada bahagian belakang bonet.

Menurut pengikut laman FB itu lagi, terdapat juga perubahan pada tempat duduk baris ketiga. Nampaknya ia bukan Alza sekadar untuk model SE ataupun facelift yang baru. Beberapa kelemahan sebelum ini yang diluahkan pengguna mungkin ditambah baik. Perodua Alza merupakan model MPV antara yang termurah  dan diminati ramai di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Share this article :

+ comments + 9 comments

Tanpa Nama
27 Julai 2013 12:24 PTG

satu perkara yg penting adalah jenis kaca tingkap kalis uv. Ini kerana aircond hanya di depan.

Tanpa Nama
27 Julai 2013 2:44 PTG

Mungkin juga alza turbo?

Tanpa Nama
28 Julai 2013 12:16 PG

Dah bape byk version. Sama je. Cuba la tukar pakai bumper toyota tu.

Tanpa Nama
29 Julai 2013 8:58 PTG

Lampu makin kecil dan led saiz besar skit.

30 Julai 2013 8:07 PG

bagus2..penambahbaikan untuk keselesaan pengguna..perodua terbaikkk

Tanpa Nama
31 Julai 2013 3:24 PTG

lampu yg makin kecil..

5 Ogos 2013 2:14 PG

Seat 3rd row last seat bagi belah dua..boleh letak brg..dlm masa sama org boleh duduk.

Tanpa Nama
13 Ogos 2013 1:05 PTG

kalau camtu elok sgt la.. lebih praktikal. alza lama boleh tukar ke bangku camtu nanti?

Tanpa Nama
24 Ogos 2013 11:01 PG

ni project D01D..alza ancap..enjin de tukar..part2 safety dlm tu depa tukar nk meet dgn safety requirement tuk crash test..perodua baru terhegeh nk buat..proton dh berabad buat..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger