Serena Hybrid Bakal Muncul!


Menjelang 23 Julai ini, pasaran automotif Malaysia bakal disertai oleh sebuah MPV hibrid yang diimport sepenuhnya iaitu Nissan Serena S-Hybrid. Walaupun masih belum dilancarkan, tempahan awal sudah dibuka dan kenderaan ini sebenarnya sudah berada di sini. 

Pelanggan awal layak untuk menikmati promosi yang termasuk pakej ‘Insurans Kemalangan Individu’, kadar faedah serendah 2.38% dan servis percuma. Beberapa wakil media tempatan diberi peluang mendekati MPV hibrid tujuh tempat duduk ini dalam satu sesi belakang tabir pembikinan video komersialnya. 

Menggunakan gabungan enjin 2.0L dan motor elektrik, ia mampu menjana 145hp dan 210Nm tork kepada roda melalui kotak gear CVT. Perlu diingatkan bahawa model ini bukanlah hibrid sepenuhnya seperti model yang dikeluarkan oleh Honda dan Toyota.

Antara ciri lain yang dapat disaksikan terdapat pada unit pra tonton ini adalah butang pemula elektronik, kunci pintar, pintu sisi automatik, meter kelajuan digital, butang mod ECO dan Pengawal Dinamik Kenderaan (VDC).

Didatangkan dalam 4 warna iaitu Dark Purple, Super Black, Pearl White, Brilliant Silve, Nissan Serena S-Hybrid sudah pun dibuka untuk tempahan awal.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 
 



 
sumber : BHauto
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger