Proton P3-22A aka Preve Hatchback Production Version!


Menurut keretamoto.com, gambar yang diperolehi oleh pihak sembang-auto ini adalah P3-22A versi produksi. Model yang dinanti-nantikan itu sudah masuk ke barisan pengeluaran di kilang Proton, Tidak pasti sama ada gambar tersebut diambil oleh pekerja Proton sendiri, atau mungkin pihak luar yang berkesempatan melakukan kunjungan ke situ baru-baru ini.

Proton Preve versi hatchback dijangka akan dilancarkan selepas Hari Raya Aidilfitri 2013, berkemungkinan besar dalam bulan Ogos atau September akan datang. Jika pihak Proton masih belum bersedia sepenuhnya ketika itu, tarikh pelancaran mungkin akan ditunda sehingga ke penghujung tahun. 

Beberapa Spyshot yang lain masih ditemui di NKVE oleh wemotor. Sebelum ini kita dapat lihat model warna biru dan hitam, kini giliran warna putih pula dengan rim 17 inci seakan rekaan Inspira.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 
 

Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
8 Julai 2013 2:38 PTG

berdasarkan imej dlm kilang tu dan kat jalan raya.. rim 17 inci tu memang rim utk preve hatchback nanti. perhatikan betul2..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger