Proton CH@P3-22A aka Preve Hatchback Telah Mula Penggambaran Iklan!


Barangkali kepada anda yang sudah berniat untuk memiliki hatchback terbaru keluaran Proton ini, ia mungkin tidak lama lagi. Ini kerana satu penggambaran untuk model ini telah pun berlangsung di hadapan KL Sentral. Penggambaran ini adalah untuk tujuan iklan komersial nanti. Mungkin terdapat beberapa lagi lokasi dipilih.

Gambar ini telah dimuatnaik oleh saudara Mohd Bukhari Ridhwan di Group Preve Club (Prevec). Menurut beliau penggambaran ini dibuat oleh KRU. Jika dilihat pada gambar tersebut, ia mungkin Proton Hatchback untuk varian premium kerana menggunakan rim sukan 17 inci yang baru. Menarik kan warna biru ni? Agak-agaknya apa nama Proton Hatchback ni ye?

Info ini saya perolehi melalui kiriman email oleh empunya blog funtasticko, tak sabar nak tau harga sebenar, mungkin selepas tengok gambar semalam dan gambar ini ia sebenarnya tidak mengecewakan.
Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
30 Julai 2013 2:31 PTG

bumper masih sama, tp cover foglamp, grill atas bawah dah lain. nampak lebih kemas dan sporty.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger