PLUS tawar perkhidmatan WOW


Perkhidmatan Bengkel Bergerak ‘Workshop on Wheels’ (WOW) yang diperkenalkan PLUS berjaya mengurangkan aduan kegiatan penipuan trak tunda dan bengkel tidak bertanggungjawab secara mendadak. Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, “Penubuhan WOW merupakan inisiatif PLUS untuk mengelakkan pengguna lebuh raya menjadi mangsa syarikat trak tunda atau bengkel tidak bertanggungjawab. 

Setelah hampir setahun WOW diperkenalkan, PLUS dapat melihat kesan positif penurunan aduan kegiatan penipuan turun secara mendadak.” “Sebelum WOW diperkenalkan, pengguna yang mengalami kerosakan kenderaan di lebuh raya terdedah kepada risiko ditipu malah PLUS menerima hampir 42 aduan antara 2011 hingga September 2012 dari pengguna namun setelah WOW diwujudkan pada Oktober 2012, hanya lima aduan yang diterima setakat ini,” jelas beliau lagi. 

Perkhidmatan asas yang diberikan oleh WOW adalah sama seperti PLUSRonda seperti menunda kenderaan ringan (Kelas 1) ke plaza tol, kawasan rehat atau hentian sebelah yang terdekat, memeriksa dan membaiki kerosakan kecil diberikan secara percuma kepada pengguna lebuh raya yang menghubungi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000 atau menggunakan telefon kecemasan di sepanjang lebuh raya. 

Selain itu, WOW turut menyediakan perkhidmatan membaiki dan menukar alat ganti kenderaan seperti bateri kereta, radiator, kipas dan lain-lain dengan caj yang berpatutan. Semua kerja-kerja ini akan dikendalikan di lokasi selamat di lebuh raya tanpa perlu keluar dari kawasan lebuh raya dan membayar kos tundaan.

sumber : BH Auto
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger