Peugeot RCZ R 2014


Pada hujung minggu ini, Peugeot akan melakukan kemunculan pertama RCZ R versi produksi di Festival Kelajuan Goodwood (Goodwood Festival of Speed). Beberapa keping gambar model RCZ R turut didedahkan kepada umum. 

Model konsep RCZ R telah di peragakan semasa Pameran Motor Paris tahun lepas. Dikuasakan dengan enjin 1.6 liter THP, menghasilkan 270 bhp pada 6,000 revolusi per minit dan tork puncak pada 330Nm dari 1,900 revolusi per minit. Ianya sudah mencukupi untuk mencapai 0-100km/h dalam masa kurang dari 6 saat. Kelajuan maksimum mencapai 249 km/h. 

Versi R ini adalah 17 kg lebih ringan berbanding dengan RCZ THP 200, penggunaan bahan bakar sebanyak 6.3liter untuk 100km. Model ini juga direndahkan sebanyak 10mm, bakal menggunakan rim aloi 19inci, manakala di bahagian belakang dipasang spoiler besar untuk “downforce” yang lebih baik. 

Kemasan kabin dalaman dihiasi dengan tempat duduk bucket yang disaluti dengan Nappa/Alcantra, stereng bersaiz lebih kecil, serta tombol gear aluminium. Model type R ini boleh didapati dalam warna Hitam Nera, Merah Moroccan, Putih Opal dan juga Kelabu Mercury. Peugeot RCZ R bakal berada di pasaran awal 2014, selepas dipertontonkan di Pameran Motor Frankfurt September ini.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger