Nissan Terrano Mula Dijual Di India Pada Akhir Tahun Ini


Mengikut perkembangan terbaru, Nissan telah bersedia untuk memperkenalkan SUV Terrano untuk pasaran India dengan kos yang rendah iaitu menggunakan Dacia Duster.

Menurut laporan Nikkei, SUV baru ini akan dibina di kilang bersama Renault Nissan di Chennai lewat tahun ini. Jenama Nissan di India ketika ini terdiri daripada enam model, dengan salah satu model tersebut X-Trail dibawa dari Jepun. 

Dalam berita berkaitan, Nikkei menambah bahawa Nissan bersedia untuk membentangkan rancangan untuk memperkenalkan hatchback kos rendah tahun depan di India di bawah jenama Datsun dan berharga di bawah 400,000 rupee (RM21, 210). 

Model hatchback yang akan dibina di Chennai, akan mengambil Nissan March / Micra sebagai asas dan menggunakan enjin 1.2 liter tiga silinder. 


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger