Nissan Serena S-Hybrid 2013 Dilancarkan, MPV Hybrid Pertama Di Malaysia - RM149,500


Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) telah melancarkan Nissan Serena S-Hybrid 2013. Ia merupakan MPV hibrid yang pertama di Malaysia. MPV Hybrid 8 tempat duduk ini diimport sepenuhnya, dengan tawaran harga OTR RM149,500. 

Walaubagaimanapun hanya terdapat satu varian ditawarkan iaitu Highway Star yang dilengkapi kemasan dalaman berwarna hitam dan suspensi sport. Terdapat 4 warna iaitu Dark Purple, Super Black, Pearl White, Brilliant Silve, serta dijana dengan enjin 2.0 liter MR20DD dengan 147 PS dan 210 Nm. 

Selain itu, ciri-ciri yang terdapat pada MPV ini ialah sistem mula enjin tanpa kunci, pintu automatik mengelongsor di kiri dan kanan, rim 16 inci dan lampu halogen. Ciri keselamatan biasa seperti ABS dengan EBD dan BA, VDC, bantuan mula di bukit, beg udara di hadapan, tali pinggang keselamatan dan beberapa lagi ciri lain. 

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


 
 


 
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger