Nissan Almera 2014 “Facelift”?



Nissan Almera merupakan salah satu model popular di Malaysia. Dengan harganya yang murah dan rekabentuk yang boleh tahan, penjualan model ini boleh dikatakan sangat memberangsangkan. Selepas 5 tahun kekal dengan rekabentuk yang sama, versi “facelift” Nissan Almera 2014 sudah mula tersebar luas.

Gambar-gambar ini didedahkan menerusi sebuah laman web automotif China. Berdasarkan apa yang dipaparkan, kebanyakan perubahan dilakukan di bahagian depan. Sementara di bahagian belakang perubahan yang dilakukan tidak kelihatan dengan jelas. 

Namun begitu harus diingatkan ini bukanlah versi akhir untuk jualan. Dijangkakan Nissan Almera 2014 akan membuat kemunculannya pada September tahun ini di Chengdu Motor Show, China.

 KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


 


sumber : ArenaKereta
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger