MODENAS Lancar Model Terbaru 118EFI - RM4775.40


MODENAS telah melancarkan model terbarunya 30 Jun yang lalu di Malaysia iaitu Modenas 118EFI yang merupakan motosikal pertama keluarannya di bawah 150 cc menggunakan teknologi Electronic Fuel Injection. Rekaan model ini hampir sama dengan Modenas CT110/100, yang membezakannya cuma enjin yang lebih besar dengan 120 cc.

Modenas 118EFI boleh mencapai jarak 59km untuk setiap liter petrol, hampir 312.7km untuk setangki penuh yang berkapasiti 5.3 liter. Modenas 118EFI dijual pada harga yang sangat berpatutan RM4775.40 dan pastinya model ini bakal menjadi pilihan rakyat Malaysia. 

Di luar negara, Modenas telahpun melancarkan model ini di Greece pada 22 March yang lalu dengan dikenali Modenas Kriss 125i EFI. Motosikal tersebut sebenarnya langsung tiada kaitan dengan varian Kriss. Model ini dikeluarkan bagi mematuhi penguatkuasaan piawaian emisi Euro 3 yang mula berkuatkuasa di negara pasaran eksport terbesar Modenas itu. 

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 



sumber : en.wikipedia.org/wiki/Modenas_CT_series / motomalaya.net
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger