Honda Jazz CKD Dilancarkan Di Malaysia - RM74,800


Honda Malaysia Sdn Bhd semalam melancarkan Honda Jazz enjin petrol pemasangan tempatan (CKD) yang ditawarkan pada harga kira-kira RM25,000 lebih rendah berbanding model import sepenuhnya (CBU) yang ditawarkannya sebelum ini. 

Honda Jazz CKD itu ditawarkan pada harga atas jalan RM74,800 seunit berbanding hampir RM100,000 bagi model CBU sebelumnya. Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno, berkata Jazz enjin petrol CKD itu adalah model pertama dalam sejarah Honda Malaysia sejak ia ditubuhkan pada 2000, dijual pada harga di bawah RM75,000, sekali gus dijangka mampu menarik minat pasaran yang lebih meluas termasuk graduan dan eksekutif muda. 

Honda Jazz pertama kali diperkenalkan di negara ini pada Ogos 2008 dalam dua Gred iaitu S yang ditawarkan pada harga RM104,800 dan V (RM109,800). Pada April 2011, Honda Malaysia memperkenalkan model itu yang dipertingkatkan iaitu Jazz Gred V dengan penampilan berciri sport pada harga RM109,800. Jazz Gred V kemudian digantikan dengan Jazz Grade S pada Ogos 2012 yang menyaksikan penurunan harga atas jalannya kepada RM99,800. 

Ciri-ciri yang boleh didapati untuk Jazz CKD antaranya, tempat duduk fabrik, tilt Equipment wise, the CKD Jazz gets things like the famous Ultra Seats, blue/black fabric seats, stereng boleh diubah kedudukannya, cermin sisi berkuasa, radio dengan sambungan USB/AUX, lampu belakang terdiri dari LED, lampu kabus, dan 15 inci rim aloi dengan tayar bersaiz 175/65. Ciri-ciri yang ada pada model Grade S yang diimport dari Thailand kesemuanya ada pada model CKD ini kecuali kunci pintu automatik.

Boleh didapati dengan empat warna pilihan – Putih Taffeta, Silver Metalik Alabaster, Coklat Metalik Sparkling dan Hitam Kristal Pearl. Pembelian Honda Jazz CKD ini juga didatangkan dengan waranti tiga tahun atau 100,00 km, serta sebagai bonus, pembeli boleh memilih untuk melanjutkan tempoh waranti dengan tambahan 6 bulan atau pakej servis percuma untuk 10,000km.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
 
 
 
 




Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger