Honda Indonesia Dedahkan Lakaran Brio LMPV Concept


Honda telah mengeluarkan lakaran rasmi baru Brio LMPV (Low Multi-Purpose Vehicle) Concept yang akan membuat penampilan pertama dunia pada Indonesia International Motor Show (IIMS 2013) pada bulan September. 

Nama Brio ini belum disahkan lagi, tetapi ia adalah berdasarkan kepada hatchback asal dan sedan yang muncul akhir tahun lepas di Bangkok . MPV ini telah dibangunkan untuk pasaran Asia oleh Honda R&D Asia Pacific Co Ltd di Thailand dan PT Honda R&D Indonesia. 

Model ini akan menandakan kemasukan Honda ke arena MPV kecil di Indonesia, yang merupakan segmen auto terbesar di negara ini. Bakal bersaing dengan Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia, Suzuki Ertiga dan Spin Chevrolet antara lain.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger