Honda Fit/Jazz 2014


Honda telah mendedahkan beberapa gambar rasmi bagi model Jazz/Fit 2014. Dapat digambarkan yang variasi hibrid bakal menggunakan enjin empat-silinder baru, 1.5 liter Atkinson-cycle yang bergabung dengan motor elektrik berkuasa tinggi serta bateri litthium-ion dan juga transmisi tujuh kelajuan dwi klac. Dengan gabungan ini, Honda Fit/Jazz Hibrid 2014 mencapai tahap penggunaan bahan bakar hanya 2.7 liter per 100km. 

Honda Fit/Jazz Hibrid 2014 didatangkan dengan tiga pilihan corak pemanduan; EV, Hibrid dan Enjin, bermaksud ianya mampu dipandu dalam keadaan motor elektrik sepenuhnya yang mana sifar pencemaran, sebagai hibrid atau sebagai enjin konvesional biasa. 

Rekabentuk Jazz/Fit 2014 ini seakan Honda Insight 2012 dengan sudut lampu serta bumper hadapan yang besar. Sebelum ini, beberapa gambar Jazz/Fit 2014 telah pun terdedah kepada umum.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 
 
 
 
 
 
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger