Gambar ini telah dikirimkan kepada saya sebentar tadi oleh sahabat saya iaitu En. Shahrul, dua keping gambar ini adalah Proton CH P3-22A juga dikenali Preve Hatchback yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sebelum ini, model hatchback ini telah pun terdedah mengenai rekaan belakang, yang mana ia model berwarna biru dan juga dua keping gambar di dalam kilang.
Gambar ini diambil pada sudut yang lebih menarik, menampakkan rekaan sebenar model terbaru Proton ini. Kelihatan terdapat empat warna iaitu biru metalik (warna baru), hitam metalik, silver metalik dan putih solid. Namun untuk model putih solid hanya menggunakan rim sukan Preve, tidak seperti gambar di dalam kilang di mana rim sukan yang digunakan cukup sporty.
Pada pendapat saya, rekaan belakang cukup menarik setanding dengan model-model hatchback jenama lain. tak sabar pula saya nak lihat secara dekat. Apa pula pendapat anda?
TERKINI : UNTUK LEBIH BANYAK GAMBAR DAN INFO TERKINI MENGENAI MODEL INI, SILA LAYARI LINK DI BAWAH INI
http://www.azelery.com/2013/08/proton-suprima-s-akan-dilancarkan-sabtu.html
TERKINI : UNTUK LEBIH BANYAK GAMBAR DAN INFO TERKINI MENGENAI MODEL INI, SILA LAYARI LINK DI BAWAH INI
http://www.azelery.com/2013/08/proton-suprima-s-akan-dilancarkan-sabtu.html
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
+ comments + 27 comments
mmm... tidak mengecewakan.. saya suka..
Nice!
tak eloknye..
tak eloknye..
Mcm x padan pulak depan dan belakang. Apepun syabas proton.
Kaler biru mungkin lbh elok.
Kira diorang dh ready nk jual.memang lepas raya ke?
xsilap saya model ini mungkin model exec.pasal rim die gne rim preve (16 inci).klu model premium,gne rim 17 inci.ini berdasarkan info yg leak la.so mgkin rim yg dlm gambar kt kilang tu adalah rim 17inci.
Kalau lampu dia tajam skit ke dpn mungkin lbh cantik. Spoiler mcm neo r3 skit2. bg aku kira cantik dh ni.
Kalau kete ni pakai rim 17 mcm gambar dlm kilang tu, tambah plak side skirt. Ada lip skit dpn. Memang mantop. Lampu kasi smoke. Ada reflektor kat bumper bawah kiri kanan. Pendapat saya je ni.
Belakang dah ok. Sporty. Tp dpn masih mcm preve. Kosong sgt. Cuba buat mcm proton tuah. Mesti beratur org nk beli kat proton.
apa yg proton cuba bawakan adalah rekaan yg tak terlalu extreme, ia tetap sedap mata memandang sepanjang masa.. contoh neo dan gen2 sampai ke hari ni saya tak rasa ia model proton 10 tahun yg lalu.
performance mcm preve ke? nampak mcm lagi cantik dari preve.
rekaan memang continental skit2. ada iras mcm ford/mazda. gambar belakang kali ni memang cantik. gambar hari tu je x cantik. bila nak keluar ni?
pendapat saya la.. bukan proton x nk buat design lampu belakang tu tajam sikit tp dah ganggu lubang minyak tu.. maklumlah model ni dari preve je. ubah byk modal jd byk.
angkat jd suv cross over pun ok jugak nih.. harap2 proton boleh jadikan ia suv. nampak menarik sgt!
antenna radio tu mcm x kena pulak sebab ada spoiler kat situ. keseluruhan menarik.
dah ok dah.. sebelum ni ada yg kata mcm lampu tiara la, x cantik la.. pd aku ok je. kalau kena pd harga, memang aku pun ambik satu. belakang memang terbaik. depan je x nampak mcm mana.
memang takde reflektor ke kat bumper hitam tu?
menarik yg amat!
satu lg produk proton yg boleh jd kebanggan kita semua.
proton dh buat yg terbaik. cuma kualiti masih dipertikaikan. adakah ini berpunca daripada vendor? harap ia dpt diselesaikan segera..
letak moon/sun roof lg mantap!
Engine is noisy like preve and under power. all gearbox and engine will over-heat and will tear and wear within 2 years. be very very carefull.....if this car can product like VW 1.4 litres for 7 seater and as powerful as VW cross-touran, then i will buy
tahniah proton...
saya harap Proton kekalkan nama preve untuk model hatchback ini.
nama suprima s menggantikan preve.
Catat Ulasan