Datsun Kembali Dengan Model Pertama GO


Datsun kembali , dengan pelancaran baru Datsun GO di New Delhi awal hari ini. Hatchback lima pintu, dijadualkan mula dijual di India bermula awal tahun depan. GO, nama kod K2,diinspirasi dari Datsun pertama, yang merupakan DAT-GO yang dilancarkan hampir satu abad yang lalu di Jepun. 

GO baru akan dilengkapi dengan enjin 1.2 liter, dan ini akan berpasangan dengan transmisi manual lima kelajuan. Menggunakan Nissan March / Micra sebagai asas, 3785 mm panjang, 1635 mm lebar dan 1485 mm tinggi, dengan jarak roda 2450 mm. 

Syarikat itu berkata bahawa kereta itu akan menyediakan kabin yang luas, selesa untuk lima orang. Dari segi harga, GO memasuki pasaran yang kompetitif India di bawah 400,000 rupee (RM21, 210). Model ini juga bakal diperkenalkan ke beberapa negara lain hujung tahun ini, antara negara tersebut adalah Indonesia, Russia dan Afrika Selatan. 

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
 
 
 
 
Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
16 Julai 2013 3:55 PTG

jenama legend nak keluar balik.. hihihi

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger