Brabus A200 Kini Boleh Didapati - RM218, 888


Baru-baru ini Naza-Brabus memperkenalkan model Brabus A200 selepas Mercedes-Benz Malaysia melancarkan A-Class baru pada akhir bulan lepas. Brabus A200 asasnya Mercedes-Benz A200 dengan kit Brabus - dijual pada harga RM218 888, beza RM20K ke atas harga A200 daripada RM198, 888. 

Kit Brabus dipanggil Brabus Aerodynamics Design package, dan ia termasuk spoiler Brabus, diffuser belakang Brabus, quad sistem ekzos sukan Brabus, panel pintu Brabus, pedal sukan aluminium Brabus, pin kunci pintu Brabus, dan akhirnya logo Brabus di bonet. 

Kereta yang anda lihat di sini adalah siri jelajah hujung minggu di Setia City Mall. Kit ini juga boleh jadi pilihan dengan spoiler bumbung (RM3, 800), pedal aluminium (RM3, 500), dan roda Monoblock Brabus RM19 200 tidak termasuk tayar.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 
 
 
 
 
 

sumber : paultan
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger