Peraduan 'Nama Siapa Hebat' Untuk Kereta Kompak Terbaru Proton 2014!


Proton bakal mengeluarkan kereta kompak baru pada separuh pertama 2014. Model kompak baru ini yang dikenali sebagai Global Small Car, dalam B-segmen lima pintu hatchback, berdasarkan model konsep Proton EMAS yang dipamerkan di Geneva 2010 , walaubagaimanapun ia tidak mungkin mengekalkan rekaan asal Giugiaro. 

Peraduan terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 12 tahun ke atas dan ia bermula hari ini hingga pada 25 Julai 2013. Pemenang Hadiah Utama akan memenangi kereta kompak tersebut varian Premium manakala hadiah kedua ialah pakej percutian ke Langkawi dan wang tunai, dan terdapat hadiah-hadiah lain untuk dimenangi. 

Bos DRB-Hicom berkata kereta kompak baru ini adalah sangat bergaya dan disasarkan kepada orang-orang dari semua lapisan masyarakat yang suka gaya hidup aktif, malah mereka yang ingin menaik taraf dari kenderaan yang lebih kecil. 

Nama-nama yang dicadangkan untuk kereta baru mestilah dalam Bahasa Malaysia dan tidak mengandungi lebih daripada enam huruf. Nama ini boleh menjadi satu gabungan huruf dan nombor (ABC123), tetapi tidak boleh semua bernombor (123). Selain itu, nama itu tidak perlu mempunyai apa-apa kaitan dengan alam haiwan, jadi jangan berfikir seumpama Kancil, Kelisa dan Rusa.

Apa yang menariknya adalah anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mungkin, sama ada melalui surat (borang penyertaan boleh didapati di pusat-pusat perkhidmatan Proton) atau dalam talian di namasiapahebat.proton.com . Terma dan syarat yang penuh boleh didapati di laman web peraduan. Semoga berjaya!!!
Share this article :

+ comments + 6 comments

Tanpa Nama
26 Jun 2013 8:32 PG

ni la p2-30a tu yerk? tgh mule test guna savvy

Tanpa Nama
26 Jun 2013 8:32 PG

saya da hantar. harap2 menang.

Tanpa Nama
26 Jun 2013 1:32 PTG

proton emas dah ok ape?

Tanpa Nama
26 Jun 2013 3:04 PTG

proton cahaya

Tanpa Nama
19 Ogos 2013 2:16 PG

proton diamond

Tanpa Nama
2 Jun 2014 6:07 PTG

sampai sekarang senyap....peraduan ni thn lps dh hntr..last2 diam..puiii

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger