Proton P2-30A aka Global Small Car (GSC)


Tahukah anda selain Preve Hatchback, Proton juga sedang giat membangunkan model kereta kecil yang dipanggil dengan kod nama P2-30A. Berdasarkan model konsep Proton Emas, pada pandangan mata saya P2-30A GSC ni macam besar Perodua Myvi. 

Model ini mungkin tidak menyerupai rekaan asal kereta konsep Proton Emas yang ItaldesignGiugiaro feature dengan Proton satu masa dulu. Ini kerana ia telah pun direalisasikan dalam bentuk VW Up, Seat Mii, Skoda Citigo memandangkan VW telah beli company ItaldesignGiugiaro. Boleh jadi P2-30A ini disusun semula dan  boleh merujuk rekaan Lotus City Car serta ikut trend terkini.

Untuk memastikan mentaliti pengguna tidak lagi dibayangi minus point yang lalu, P2-30A bukanlah 'Tiara Replacement Model' ataupun 'Savvy Replacement Model' yang masing-masing menggunakan enjin Citroen dan Renault. Model ini dibangunkan menggunakan platform terbaru yang juga bakal dikongsi bersama dengan model pengganti Saga (Saga R) & mini MPV jika mengikut plan asal Proton.

P2-30A aka Global Small Car (GSC) akan berada dalam segmen B (kategori Ford Fiesta) dan khabar angin mengatakan model ini bakal menggunakan enjin baharu NFE. Inilah yang memungkinkan ia jadi 'Myvi Killer' seperti yang pernah digembar-gemburkan sebelum ini.

Spyshots terbaru P2-30A aka Global Small Car (GSC) yang menggunakan Savvy sebagai mule ini telah ditemui oleh salah seorang pembaca paultan.org. Gambar Savvy ini telah berjaya dirakamkan oleh Freddie Leong di Lebuh raya KESAS.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

[koleksi spyshot/gambar]



Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger