Nombor Plat Kenderaan W.Persekutuan Yang Baru Bermula Dengan 'W1A'


Seperti yang kita lihat di jalan raya, kenderaan baru yang berdaftar no plat Wilayah Persekutuan telah pun menjangkau huruf WYY. Nombor siri plat pendaftaran kenderaan WYY yang akan berakhir tidak lama lagi akan menyaksikan plat pendaftaran kenderaan yang baru akan bermula dengan 'W1A' dan berakhir dengan 'W9999A' (lihat carta di atas), kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin, pada Khamis berkata format semasa itu yang akan tamat dengan WYY9999, dijangka berakhir pada bulan Julai. Selepas itu siri nombor pendaftaran baharu bagi Kuala Lumpur adalah W 1 sehingga 9999 dan di hujungnya ada A. Nombor berikutnya ialah W1 B sehingga W9999B diikuti dengan W1C dan seterusnya. Perkara itu telah dibincangkan oleh pihak kementerian lebih awal dan ia mendapat persetujuan daripada semua pihak yang terlibat.

#Anda boleh semak no plat kenderaan terkini dengan klik link ini atau klik banner kecil JPJ sebelah kanan.
Share this article :

+ comments + 1 comments

29 Mei 2013 10:35 PG

Berapa agaknya harga bidaan plate number WYY 9999?

Catat Ulasan

 
www.azelery.com dahulu dikenali saluran07.blogspot.com
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger