Teksi 1Malaysia Proton Exora NGV


Menurut Paultan.org,  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melancarkan Teksi 1Malaysia di Proton’s Centre of Excellence. Seperti yang pernah didedahkan sebelum ini, teksi 1Malaysia adalah Proton Exora MPV dengan sistem NGV. Tangki NGV terletak di dalam kereta, di belakang kerusi barisan kedua.

Exora ini diubahsuai bertujuan untuk menjadi teksi bajet lima tempat duduk (dengan tambang bermula RM3, berbanding dengan jenis eksekutif) barisan ketiga kerusi telah dikeluarkan untuk dijadikan ruang but yang besar, yang boleh memuatkan sehingga beberapa beg troli yang besar. 

Terdapat beberapa variasi, versi enjin petrol gear manual atau automatik atau yang dilengkapi NGV, teksi 1Malaysia datang dengan dua beg udara, ABS, EBD, kerusi kulit dan aksesori teksi khas seperti meter teksi dan pembaca kad kredit/debit. Oleh yang demikian, anda kini boleh membayar tambang teksi secara elektronik.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar menjelaskan bahawa harga teksi adalah sekitar RM64000, harga sebelum geran Kerajaan RM5000 dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan 1Malaysia (1MDB). Teksi 1Malaysia adalah untuk pemandu individu, yang boleh mendapatkan pinjaman khas daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga sembilan tahun. 

Kos setiap hari adalah sekitar RM28.50 untuk pemandu, dibayar setiap bulan seperti pinjaman biasa. Penghantaran 1000 unit Proton Exora teksi 1Malaysia NGV akan bermula pada Jun tahun ini. Nampak seperti menggunakan enjin Campro CPS ke?

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ









sumber : paultan.org
Share this article :

+ comments + 13 comments

8 Julai 2013 7:50 PG

Salam 1 Malaysia, Bagaimana boleh saya dapatkan Teksi 1Malaysia Proton Exora NGV, Saya sebagai seorang wanita Teksi yang ada Lesen PSV dan sekarang hanya sewa Teksi Saga bayar harian. Saya harap dapat membantu dan memberi kerjasama pada saya, saya mengharapkan Teksi ini hendak memperkenalkan ia macam Teksi yang lain menggunakan Meter RM3.00 kebanyakkan ramai penumpang yg tidak tahu, dan boleh letak Beg yang besar utk penumpang yg lain pergi kemana saja.. keselesaan / keselamatan penumpang adalah tanggungjawab kita.

8 Julai 2013 7:57 PG

boleh hubungi saya boleh email saya alg7802@gmail.com atau hubungi saya 012-3109127 terima kasih saya harap dapat peluang ini.

Tanpa Nama
8 Julai 2013 10:37 PG

Tak silap saya, SPAD yang urus teksi exora ni. cuba hubungi pihak SPAD. semoga berjaya!

8 Julai 2013 5:29 PTG

saya pernah cuba call tanya Teksi 1malaysia Exora katanya yg apply utk wanita 300 org sebelum ini yg dijanjikan tapi dia kata itu semua dirahsiakan jadi tiada siapa pun yg dpt lagi, bila periksa laman web yg di beri tiada apa yg boleh tgk bila minta bagaimana nak tgk ia kata dirahsiakan... saya keliru juga nie Bagaimanalah Wanita dlm Malaysia nie nk berjaya...

encik kereta
9 Julai 2013 12:07 PTG

akak cuba try ke SPAD tu. tanya betul2 pegawai dia. mungkin kat situ lebih jelas.

9 Julai 2013 3:58 PTG

Terima kasih semua kerana beri kerjasama... nanti akak cuba call SPAD harap2 ada tindakbalaslah...

10 Julai 2013 10:29 PG

ini terdapat info lebih lanjut. sila layari

http://www.spad.gov.my/tr1ma

Headquarters
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.),
Block D, Platinum Sentral,
Jalan Stesen Sentral 2,
Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur

Tanpa Nama
17 April 2014 2:56 PTG

ada tawaran lagi ke?

Tanpa Nama
12 Julai 2014 5:15 PTG

dah tutup..

Tanpa Nama
19 Julai 2014 1:47 PG

Bila tawaran di buka

Tanpa Nama
4 November 2014 2:26 PTG

Bila tawaran di buka lagi

9 Ogos 2015 9:21 PTG

Halo,
Ini adalah untuk menginformasikan Rafeal masyarakat umum bahwa Mr Mohamed, pemberi pinjaman pinjaman pribadi membuka peluang keuangan untuk semua orang yang membutuhkan bantuan keuangan. Kami memberikan pinjaman dengan bunga 2% untuk individu, perusahaan dan perusahaan di bawah syarat dan kondisi yang jelas dan dimengerti. hubungi kami hari ini melalui email :( mohamedrafeal1212 @ gmail. com)

13 Februari 2017 5:28 PTG

As salam... Saya sudah tiada kerja kerana tiada transport. Sbb kerja sblm ni memerlukan kereta. Sy tidak mampu untuk bayar ansuran dan dah d tarik. S perlukan bantuan teksi utk bekerja bagi menyara keluarga. Harap pihak tuan dpt membantu.
No phone sy 0182752075. Jasa baik pihak tuan Allah sj yg dpt membalasnya.... Sy amat memerlukan... Terima kasih.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger