Perodua Revive Your Drive contest!


Kepada pemilik-pemilik kenderaan Perodua, di sini saya ingin war-warkan mengenai peraduan 'Revive Your Drive'. Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menawarkan hadiah berupa modikifasi kenderaan bernilai sehingga RM240,000 melalui peraduan ‘Revive Your Drive’ bermula 15 April hingga 30 Jun sempena ulang tahun ke-20 Perodua. 

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, antara keunikan peraduan terbaru itu adalah Perodua turut meluaskan tawaran itu kepada pemilik kenderaan baru. Melalui peraduan ini, pelanggan boleh naik taraf kenderaan ikut cita rasa masing-masing katanya. 

Peraduan itu terbahagi kepada empat kategori, iaitu kategori pertama adalah untuk kenderaan tiga tahun dan ke bawah, di mana pemilik berpeluang memenangi RM5,000 untuk menaik taraf. Kategori kedua pula untuk kenderaan kurang tiga tahun yang membelanjakan RM250 di cawangan perkhidmatan Perodua dan pemilik berpeluang memenangi RM15,000 untuk menaik taraf kenderaan. 

Sementara itu, kategori ketiga untuk kenderaan lebih tiga tahun di mana pemiliknya juga berpeluang memenangi RM5,000 untuk menaik taraf, manakala kategori keempat untuk kenderaan lebih tiga tahun yang membelanja RM250 di mana-mana cawangan.

Jadi tunggu apa lagi, jom daftar segera. Cara daftar sangat mudah, ambil borang di Pusat Servis Perodua atau melalui online. Layari www.myperodua.com.my/revive-your-drive/ untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ



Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger