Nissan Friend-ME di Shanghai Auto Show 2013


Nissan bakal mempersembahkan sebuah model konsep yang dipanggil Friend-ME di Shanghai Auto Show 2013, pada 20 April depan. Model konsep tersebut direka oleh rakyat China yang bekerja sebagai pereka di Nissan Design China di Beijing dan terlibat sepenuhnya dalam proses pembangunan Friend-ME. 

Model konsep ini adalah kelihatan seperti hatchback besar. Ia juga boleh menjadi crossover yang agak padat, tetapi kita akan tahu gaya badan yang tepat dalam masa beberapa hari lagi. Setakat ini hanya teaser bahagian hadapan dan belakang sahaja yang dipertontonkan kepada kita semua.

Model konsep Friend-ME menampilkan konsol tengah unik yang membawakan ciri “Four Seats, One Mind Connectivity”, direka untuk generasi muda China di sebuah pasaran dunia yang paling pesat berkembang ketika ini. Nantikan apa yang menariknya model konsep Friend-ME itu di Shanghai Auto Show 2013 nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger