MG Kembali Ke Malaysia


Jenama MG adalah satu jenama yang berada di sini sejak zaman penjajah lagi. Kini MG dimiliki oleh kaum Cina, jenama MG akan membuat kemunculan semula di Malaysia.  Federal Auto Holdings Bhd dan pengeluar kenderaan terbesar China SAIC Motor Corporation Limited (SAIC), telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) sebagai langkah pertama ke arah menghidupkan semula jenama MG di Malaysia. 

SAIC, rakan kongsi kepada VW dan General Motors di China, telah memiliki jenama MG sejak 2007. MoU itu adalah untuk langkah perbincangan lanjut, kewajaran dan kajian kemungkinan berkenaan dengan pengenalan kenderaan MG di Malaysia. Ia juga boleh membawa kepada pembangunan kemudahan bagi pemasangan komponen terurai sepenuhnya (CKD) MG kereta di Malaysia.

Federal Auto, pengedar Volvo,VW dan Mitsubishi, adalah sebuah anak syarikat milik penuh MBM Resources Berhad, yang juga merupakan pemegang saham dalam Perodua. Produk semasa MG, termasuk MG 3 supermini dan MG 6 fastback, mahu mencontohi pendekatan reka bentuk yang diterajui Kia . Syarikat itu mendedahkan model konsep SUV pada tahun lepas, dan akan mempertontonkan MG CS SUV di Auto Shanghai akhir bulan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ




Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
13 April 2013 11:55 PG

kalau dulu diorang ni MG-Rover. pastu pecah, MG dibeli SAIC China, Rover plak kompeni Tata Motor India.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger