MG CS SUV concept bakal Tampil Di Shanghai Auto Show


MG CS SUV concept bakal menjadi daya tarikan utama di Shanghai Auto Show yang bakal berlangsung pada bulan ini. Ini merupakan gambar lakaran MG CS SUV concept yang berkongsi platform dengan model Ssangyong Korando 2010 dan bakal berada di pasaran negara Tembok Besar itu pada penghujung tahun 2013.

Walaupun berkongsi platform dengan model lama, namun rekaan model ini lebih segar dan garang terutama sekali dengan tambahan kit badan yang membuatkan model ini tampak sporty. Berkemungkinan model konsep ini akan menggunakan enjin hibrid. 

Model produksinya pula dikatakan bakal menggunakan enjin 1.5 liter turbo petrol yang mampu menjana 135hp. Enjin ini turut digunakan pada model MG5 Turbo yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


sumber : funtasticko
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger