Lotus Evora ‘Chrome’ Ketuai Konvoi Terbesar Kereta Lotus Ke Tayangan Filem ‘The Host’

 
Bagi penggemar filem atau kaki wayang, sudah tentu tahu berkenaan filem terbaru ‘The Host’ yang ketika ini sedang rancak ditayangkan di pawagam tempatan di seluruh negara. Apa yang menariknya mengenai filem tersebut sehinggakan ia mendapat perhatian khusus daripada Lotus Cars Malaysia dan kelab pemilik Lotus di Malaysia iaitu Lotus Owners Club?
 
Untuk makluman, filem ‘The Host’ menampilkan model Lotus Evora yang tampil dengan warna krom (Chrome) sebagai salah satu daya penariknya, di samping lakonan para pelakon handalan Hollywood yang lain. Filem tersebut memaparkan kisah futuristik mengenai kehadiran makhluk asing yang mengancam kehidupan manusia di bumi.
 
Sempena penampilan eksklusif Lotus Evora dalam filem tersebut, Lotus Cars Malaysia dengan sokongan Lotus Owners Club telah mengadakan sesi perjumpaan dan konvoi terbesar kereta Lotus di Malaysia yang diadakan kelmarin.
 
Menariknya, Lotus Evora Chrome tersebut dipandu oleh pelumba wanita sensasi negara iaitu Natasha Seatter, dalam konvoi yang bergerak ke Pavillion KL untuk tontonan tayangan filem berkenaan. Turut hadir bersama-sama dalam sesi tayangan filem itu dan menanti ketibaan konvoi kereta Lotus tersebut ialah Pengerusi Eksekutif Proton Holdings Berhad dan Pengerusi Group Lotus, Dato’ Sri Haji Mohd Khamil Jamil dan isteri, Datin Sri Azian Abd. Talib, yang turut disertai oleh ahli-ahli pengurusan Proton dan DRB-Hicom.
 
Dato’ Sri Haji Mohd Khamil Jamil ternyata teruja dan gembira dengan respon dan komitmen yang diberikan oleh para pemilik kereta Lotus dalam menjayakan perjumpaan terbesar itu, di samping berbangga kerana Lotus Evora Chrome yang membintangi filem ‘The Host’ berpeluang untuk menaikkan kembali jenama Lotus seperti di zaman kegemilangannya dahulu.
 
Model kereta Lotus Esprit sebelum ini pernah muncul dalam dua buah filem James Bond, ‘The Spy Who Loved Me’ dan ‘For Your Eyes Only’, serta pernah muncul dalam filem pecah panggung yang dibintangi oleh Julia Roberts, Pretty Woman. Menurut Wikipedia, filem-filem lain yang turut melibatkan kemunculan kereta Lotus termasuklah Basic Instinct, The Rookie dan Taking Care of Business.
 
Sebagai sebahagian daripada promosi filem ‘The Host’, anda boleh melihat dengan lebih dekat model eksklusif Lotus Evora Chrome yang kini dipamerkan di Tingkat 3, Couture Pavilion bermula dari 1 April sehingga 10 April ini, seterusnya akan dipamerkan pula di IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara dari 11 April sehingga 28 April 2013.
 
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


 
sumber : arenakereta
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger