Honda Lancar Sedan Amaze Untuk Pasaran India


Honda Cars India Limited (HCIL) telah melancarkan model kompak Amaze untuk pasaran India. Model yang disasarkan sebagai sebuah sedan keluarga itu hadir dalam dua varian enjin – petrol dan diesel. Enjin petrol 1.2 liter empat silinder SOHC i-VTEC menghasilkan kuasa maksimum 88PS@6,000rpm dan tork 109Nm@4,500rpm, di samping memberikan tahap ekonomi impresif pada kadar 18km/l bagi model manual dan 15.5km/l untuk model automatik. 

Bagi varian diesel, ia dikuasakan enjin bersesaran 1.5 liter empat silinder DOHC i-DTEC yang menghasilkan kuasa maksimum 100PS@3,600rpm dan tork setinggi 200Nm@1,750rpm, menjadikan pemanduannya lebih menyeronokkan. Menurut Honda, model tersebut menjadi kereta paling cekap penggunaan bahan apinya di pasaran India apabila telah disahkan mampu mencapai jarak perjalanan sejauh 25.8 kilometer bagi setiap liter bahan api, prestasi ekonomi yang sangat memuaskan.

Amaze boleh dijadikan model sedan ekonomi yang mampu milik dan cekap tenaga di mana jika di Malaysia Proton Saga adalah kereta sepertinya. Di India pasaran kenderaan cukup luas selain China, Suzuki adalah antara kuasa besar di sana. Dengan adanya Amaze daripada Honda ini, ia mampu menjadi saingan kepada beberapa model sedan kecil seperti Suzuki Swift Desire.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
21 April 2013 2:14 PTG

huduh. cantik lagi saga.

Tanpa Nama
24 April 2013 1:47 PTG

cun lagik saga flx

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger