Spyshots Pertama Mule Untuk Model Proton GSC – Global Small Car (P2-30A)!


Menurut Funtasticko, gambar di atas ini merupakan mule test untuk model P2-30A GSC (Global Small Car). Ia sempat dirakam oleh Muhamad Hanif Ibrahim di Sri Gombak. Proton Savvy ini menggunakan trade plate bernombor B2646A. Menurutnya lagi, rekaan bumper hadapan berbeza, menggunakan steering Preve/Exora, tong air ditempat duduk belakang dan ada banyak wayar dari dalam kabin ke ruangan enjin.

Gambar di bawah ini pula sempat dirakam oleh Darmizi Dahari di Tol Jalan Duta. Menurutnya Proton Savvy kemungkinan sedang menghala ke Pantai Timur bersama sebuah Persona berwarna merah. Berkemungkinan ia menggunakan enjin NFE.


Share this article :

+ comments + 8 comments

Tanpa Nama
19 Mac 2013 4:11 PTG

tong air tu mungkn untuk nk uji berat sebenar badan proton gsc tu..

Tanpa Nama
20 Mac 2013 9:20 PG

sebelum ade yang nak bashing2 kat sini baik aku explain dulu ek..
mule test ni bukan final design ke ape ke..
juz nak dapat gambaran saiz, uji engine utk anggaran berat dan lain2 bende.
sama mcm exora sebelum develop dulu mule test guna body wish..

Tanpa Nama
20 Mac 2013 10:42 PG

enjin proton ni dah lain ke? kenapa x buat 1.3 cfe?

Tanpa Nama
20 Mac 2013 12:57 PTG

satu lagi pilihan untuk kereta kecil. saya harap memang mcm proton emas takpun mcm lotus city car.

Tanpa Nama
20 Mac 2013 2:09 PTG

bangku mcm saga atau preve. grill depan mcm preve.

Tanpa Nama
20 Mac 2013 3:08 PTG

aku harap proton kecik yg baru ni akan berjaya. dah dua kali gagal.. tiara dan savvy.

Tanpa Nama
21 Mac 2013 11:49 PTG

proton gsc ni yg proton konsep emas tu kan? size x kecil sgt pun. besar mcm myvi pun ada.

Tanpa Nama
5 Februari 2014 10:14 PG

Tengok macam Myvi. Takkan proton nak tiru myvi pulak kan?

Catat Ulasan

 
www.azelery.com dahulu dikenali saluran07.blogspot.com
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger