Perodua S Series Value For People 14 Mac 2013? (Update!!)


Jika sepanjang hari ini ramai yang berteka teki mengenai pelancaran model baru Perodua pada 14 Mac ini. Mengikut teaser yang dipaparkan Perodua, ia seakan Alza dan ada juga yang kata ia Myvi. Kemunculan gambar dari kilang menunjukkan ia Myvi 1.3 SE warna Ozzy Orange dan kini brochure ini pula ditemui. Perodua telah memperkenalkan satu siri keluarga Viva, Myvi dan Alza yang dipanggil Perodua S Series. 

Dengan ketiga-tiga model kenderaan Perodua ini berwarna ozzy orange, beberapa ciri kehendak pengguna cuba diserapkan agar ia mampu dimiliki. Sebagai contoh, mungkin ada yang ingin memiliki Myvi 1.5 SE kerana rekaannya tetapi kurang mampu, kini impian itu mungkin dapat direalisasikan dengan adanya Myvi 1.3 dari S Series ini dengan harga yang berpatutan. Mungkin inilah antara maksud value for people.

Beberapa info telah saya perolehi untuk S Series ini iaitu Myvi SE, Viva S dan Alza S. Warna dalaman bagi model-model ini adalah tema hitam. Myvi SE ini adalah bercirikan dari Myvi Premium, Alza pula adalah model Standard yang dipertingkatkan seakan model Premium manakala Viva S adalah Viva 1.0 yang dipertingkatkan ciri dalamannya. Alza S menggunakan enjin 1.5, Myvi SE ini menggunakan enjin 1.3 dan Viva S pula 1.0. Terdapat enam warna untuk S Series termasuk ozzy orange.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ



KEMASKINI!!! Gambar-gambar yang baru saya perolehi








sumber dikemaskini : DEEauto
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger