Perodua Perkenal Model S-Series bagi Myvi, Viva Dan Alza


Perodua telah memperkenalkan model terbaru S-Series yang terdiri daripada Viva S, Myvi 1.3 SE dan Alza S. S membawa maksud 'special' manakala S-Series ini “most value-for-money variants” di mana ia tidak memerlukan apa-apa kos tambahan dari pelanggan.

Model S-Series ditawarkan dengan ciri-ciri tambahan, lebih murah dan yang paling menarik tawaran servis percuma selama 3 tahun (termasuk alat ganti dan kos buruh). Pilihan warna terbaru, Ozzy Orange juga ditawarkan untuk kesemua model tersebut.

Myvi 1.3 SE ditawarkan pada harga bermula dari RM44,924.30(manual) dan 47,924.30(automatik). Model ini adalah versi Myvi 1.3 Premium yang telah dinaik taraf dengan ciri-ciri seperti model Myvi 1.5 SE. 

Alza S ditawarkan harga bermula dari RM53,517.00(manual) dan RM56,517.00(automatik) dan dilengkapi ciri-ciri tambahan seperti iaitu lampu kabus, spoiler belakang dan kemasan dalaman baru.

Viva S pula ditawarkan pada harga bermula dari RMRM34,774.30(manual) dan RM35,174.30(automatik). Model ini dilengkapi dengan stereng kuasa, pemain radio CD dengan MP3/WMA, kerusi yang boleh dilaras ketinggian serta fabrik tempat duduk yang lebih menarik. 

Berikut beberapa gambar menarik mengenai ciri-ciri Perodua S-Series dan senarai harga.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ





MYVI 1.3 SE

 

 
 
 
 


 VIVA S

 

 





ALZA S


 
 
 


 sumber gambar : paultan
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger