No Plat IM4U Dilancarkan, Dijual Mulai 10 Mac 2013


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperkenalkan plat kenderaan khas IM4U pada hujung minggu. Ia diperkenalkan bagi tujuan mengumpul dana untuk menyokong aktiviti pergerakan IM4U. Siri khas itu akan mempunyai angka hingga nombor 9999, dengan tempahan boleh didapati secara online melalui laman web khusus www.platim4u.com

Selain daripada pembidaan terbuka bagi 68 nombor pendaftaran premium yang akan dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta nombor eksklusif tertentu, nombor-nombor lain dalam siri ini akan dijual pada harga tetap disahkan melalui laman web awal 10 Mac. Najib juga disahkan akan mendapatkan nombor 11 pada plat IM4U, 11 adalah nombor kegemaran beliau. 

Nombor pendaftaran adalah dibuka untuk dibeli oleh sesiapa yang layak untuk mendaftar kenderaan mereka, namun tiada pertukaran pemilikan dibenarkan. Plat ini juga tidak boleh didaftarkan di Langkawi atau Labuan, tidak seperti sebelumnya dengan plat G1M.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger