Model Gantian Viva?


Perodua kini dilaporkan sedang giat membangunkan model gantian Viva. Model hatchback yang berada dalam segmen A itu akan berada dibawah segmen Myvi dan akan dipasang di kilang terbaru bersebelahan dengan kilang sedia ada di Sungai Choh, utara Rawang. Kilang baru Perodua itu bakal memulakan operasinya pada pertengahan 2014. 

Viva mula diperkenalkan pada tahun 2007 sebagai gantian Kancil dan Kelisa. Adalah amat sesuai ia digantikan dengan model baru setelah sekian lama ia berada di jalan raya selaras mengikut kitaran hayat kereta konvensional. 

Adakah mungkin model gantian Viva ini akan berpandukan Daihatsu A-Concept? lebih tepat lagi ia akan berkongsi platform, enjin dan rekabentuk dengan model kompak terbaru keluaran Daihatsu Ayla/Toyota Agya di Indonesia?

sumber : paultan.org
Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
24 Ogos 2013 11:04 PG

oo.ni project D87A..vendor baru dpt greenlight start project ni..tggu la lam thun dpn kuar la kereta ni..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger