LaFerrari menggantikan Enzo sebagai Ferrari terpantas!


Hypercar Ferrari terbaru dipanggil LaFerrari. "Kami memilih untuk memanggil model ini LaFerrari, kerana ia adalah ungkapan maksimum apa yang mentakrifkan syarikat kami iaitu kecemerlangan.

Adalah satu tugas yang untuk menjadi sebahagian keluarga Ferrari, menggantikan legenda 288 GTO, F40, F50 dan Enzo, tetapi dengan campuran satu inovasi, teknologi, prestasi dan gaya berwawasan.

Hanya 499 unit akan dikeluarkan, model paling terbaru jenama ‘The Prancing Horse’ dari Itali itu menggunakan teknologi hibrid yang dikenali sebagai HY-KERS, memperlihatkan gabungan sempurna di antara prestasi maksimum dan rendah emisi (330 g/km CO2).

LaFerrari dengan enjin V12 6,262cc kuasa 800 CV maksimum sehingga 9,250 rpm, berpasangan dengan motor eletrik 120 kW (163 CV), keluaran kuasa gabungan mencecah 963 CV. Jumlah tork keseluruhan yang dijana mencapai 900Nm.

Rekaan yang ditampilkan dari luaran dan dalaman LaFerrari sekali lagi berupaya memukau pandangan ribuan pelawat yang berkunjung ke Geneva Motor Show kali ini.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ 




 
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger