Versi Akhir Alfa Romeo 4C


Model terbaru Alfa Romeo 4C bakal membuat kemunculan pertama di Geneva Motor Show 2013 pada bulan Mac ini, dengan mempamerkan versi akhir model tersebut berbanding kemunculan model konsepnya pada pameran permotoran Frankfurt edisi 2011 yang lalu. 

Hadir dalam reka bentuk coupe dengan dua tempat duduk bucket, ianya direka oleh jurutera Alfa Romeo dan dikeluarkan dari kilang Maserati di Modena. Supercar kompak terbaru itu akan mula berada di pasaran mulai 2013, menandakan kepulangan semula jenama Itali itu ke Amerika Syarikat dan selari dengan rancangan pertumbuhan pasaran global Alfa Romeo. 

Alfa Romeo 4C mempunyai enjin empat silinder 1750 Turbo Petrol terbaru yang dibangun menggunakan material aluminium sepenuhnya, dan dipadankan dengan transmisi automatik klac berkembar Alfa TCT. Enjin berkuasa itu diletakkan pada posisi tengah kenderaan yang kemudiannya diperlengkapkan dengan ciri pacuan roda belakang. 

Bagi memberi pilihan mod lebih luas bercirikan perlumbaan melalui ciri terbaru Alfa DNA selector, mod keempat iaitu mod Race telah ditambah selain daripada mod standard Dynamic, Natural dan All Weather. Lebih mengkagumkan casis model itu turut diperbuat daripada material karbon sepenuhnya, membolehkannya mencapai nisbah berat untuk kuasa kurang daripada 4 kg/HP.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
 



sumber info : Arena Kereta
sumber gambar : Paultan
 
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger