SPYSHOT : Nissan Livina Facelift 2013?



Sebuah Nissan Livina ditemui di sekitar  Rawang sedang melakukan ujian jalan raya. Apa yang pasti ini adalah model X-Gear yang diperkenalkan di negara kita pada tahun 2011. Di luar negara, beberapa gambar dapat dirakamkan di China mengenai facelift Livina dan ia menyerupai Livina yang ditemui di sini.

Walaupun dengan pita hitam yang meliputi sebahagian daripada lampu belakang, ia terdapat perubahan di mana lampu undur kini di bahagian pintu bonet. Begitu juga pada logo Nissan berlapik plastik hitam itu kini lebih kecil. Rekaan pintu bonet juga diperbaharui jika dilihat tiada elemen lengkung pada atas logo. 

Rekaan gaya SUV pada bahagian bawah juga turut direka baru dan terdapat pemantul cahaya pada bahagian bumper belakang. Ini memungkinkan model baru Livina akan menjengah ke pasaran Malaysia dengan memperkenalkan Grand Livina dan Livina X-Gear.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

sumber spyshot : paultan
Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
2 Mac 2013 4:42 PTG

bila keluar ye?

20 September 2013 9:37 PG

Get the word out, Tesla should be able to sell in all 50 States, go here and sign the petition.www.youtube.com/watch?v=SrzMdoKPPaA

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger