Proton S16 FLX Review!


Sedikit info mengenai preview Proton S16 FLX di Australia akan saya kongsikan dengan anda semua di sini. Dari segi keupayaan prestasi enjin Campro 1.6 IAFM, ia amat menarik terutama dengan CVT namun sedikit bising, manakala, gear manual memerlukan selang masa untuk setiap gear berbanding jenama lain dalam kelasnya.

Di Australia, Proton S16 FLX didatangkan dengan dua varian iaitu GX (standard) dan GXR (premium). Bagi model GX, material plastik mungkin tidak menyenangkan terutama pada stereng, power window hanya di depan, berbanding varian GXR, ia seperti model SE di sini yang dilengkapi kemasan kulit pada setiap sentuhan pengguna.

Berkedudukan taraf 3 bintang bagi keselematan oleh ANCAP, Proton S16 FLX adalah model Proton paling laris di Australia, dengan jualan pada kadar kira-kira 30 kereta sebulan. Ia adalah kereta termurah sebelum ketibaan Chery dari China dengan memperkenalkan J1 Australia, walaubagaimanapun S16 kekal sedan yang paling berpatutan di negara Australia. 

Harga untuk Proton yang paling popular ini bermula pada $ 13.990 sangat kompetitif bagi sebuah kenderaan yang menawarkan empat pintu sedan saiz bandar. Susun atur dalaman adalah ringkas dan menarik, yang menampakkan berciri kereta fleksible. Warna pilihan adalah sama cuma ditambah warna merah solid.

Saingan sedan terdekat adalah Barina Holden pada $ 16,490 sebelum kos atas jalan ditambah. Lain-lain pemain utama dalam segmen termasuk Hyundai Accent dan Nissan Almera $ 16,990 setiap satu, Ford Fiesta pada $ 17,490, Honda City pada $ 18.490, Kia Rio pada $ 21,690 dan akhirnya, Toyota Yaris pada $ 18,190. Walaubagaimanapun, Proton S16 mempunyai kelebihan dari segi ruang kabin dan pengendalian selesa dari Lotus.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ







Share this article :

+ comments + 7 comments

Tanpa Nama
2 Februari 2013 12:19 PG

warna ni boleh dijadikan model limited kat malaysia. buat mcm se tp taruk radio touch screen dan beberapa aksesori canggih seperti bluetooth.

Tanpa Nama
2 Februari 2013 5:27 PG

nampak beza kualiti luar negara dan dalam negara.

Tanpa Nama
2 Februari 2013 11:18 PTG

seat belt belakang mmg ada 3 ke?

Tanpa Nama
2 Februari 2013 11:43 PTG

pendapat aku la, bunyi enjin campro mmg bising sikit. tp mmg best. mungkin proton boleh kasi kedap sikit bahagian dashboard sebab dashboard material plastik mcm mainan. cuba bg dashboard yg tebal dan ada bahan getah atau yg serap bunyi.

Tanpa Nama
3 Februari 2013 5:44 PG

kalau kat malaysia dh jadi kaler teksi.

Tanpa Nama
10 Februari 2013 9:49 PTG

kat sana pun ada piawaian yg dh tetap. s16 mmg kereta paling ekonomi kat sana.

12 Jun 2013 12:23 PTG

Ada beberapa perbezaan S16 dgn Saga kt Malaysia. Ini yg saya nampak:

ada traction control - butang kt dashboard sebelah butang heater cermin

headlamp adjuster - Saga suis ni utk lampu kabus atau bese kita panggil spotlight

seatbelt belakang suma 3 point - Saga FLX+ saya ada dgr pun akan guna 3 point kt tgh seat blkg

suis aircond ada beza sikit

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger