Proton Preve dapat 5 Bintang ANCAP!


ANCAP hari ini mengeluarkan keputusan rasmi ujian perlanggaran bagi model Proton Prevé. Proton Preve telah berjaya mencapai 5 bintang dengan markah 34.25 daripada 37 markah. Preve mengikuti rapat beberapa model yang sememangnya jauh lebih terkenal seperti Mercedes-Benz B Class (36.78), BMW 3-Siries (36.76) dan Volvo V40 (36.67).

Preve menjadi model kereta nasional pertama mencapai 5 bintang dalam ujian tersebut. Model ini sememangnya direka oleh Proton sebagai sebuah kereta global dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi selain penggunaan bahan dan teknologi setanding dengan pengeluar kereta Eropah.

Syabas dan Tahniah saya ucapkan kepada Proton kerana anda kini terbukti menuju ke era yang lebih baik. Boleh dikatakan Preve adalah permulaan model line-up baharu Proton yang berkualiti. Saya harap Preve Hatchback dan model-model akan datang juga setanding kualiti dengan Preve ini.

Anda boleh membaca maklumat penuh mengenai keputusan pihak Ancap untuk Preve samada dengan klik imej yang saya sertakan atau download laporan dalam format PDF di sini.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
 



 


sumber : ANCAP
Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
2 Mac 2013 4:44 PTG

saya dah pernah pandu preve dan amat puas hati. memang layak dpt 5bintang. harap jgn nampak kosong sgt. buat la mcm kereta korea.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger