Nissan Almera Terus Terima Sambutan Menggalakkan


Nissan ALMERA telah terus mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan semenjak pelancarannya November lepas. 

Dalam satu kenyataan Jumaat, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) berkata ini berdasarkan tempahan semasanya iaitu melebihi 15 ribu unit setakat 31 Jan, 2013. 

"Sungguhpun kini terdapat banyak pilihan dalam pasaran, kami berbangga pelanggan masih memilih Nissan ALMERA. Ini adalah bukti keyakinan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami," kata pengarah eksekutif ETCM, Datuk Dr Ang Bon Beng. 

Nissan ALMERA kini di pasaran dengan harga mulai RM66,800. Ia baru-baru ini dinamakan Kereta Penumpang Nilai Wang Terbaik 2012 di Anugerah Kereta Terbaik Autoworld 2012 (COTY). 

ETCM adalah anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH), dan cabang pemasaran dan jualan kenderaan Nissan di Malaysia. -- BERNAMA
Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
14 Februari 2013 8:14 PG

aku x berkenan dgn almera ni. nk tunggu vios baru.

Tanpa Nama
14 Februari 2013 8:10 PTG

cantek almera neh.
rasenye boleh amik kereta ni nati.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger