Diskaun Tol Di 24 Lebuh Raya Sempena Tahun Baru Cina


Sebanyak 24 lebuh raya di seluruh negara akan memberikan diskaun dan rebat tol antara 5 dan 37.5 peratus sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 10 dan 11 Feb ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor. 

Beliau berkata bagi lebuh raya kendalian Plus Bhd, pengguna kelas 1 yang menggunakan bayaran tol secara elektronik boleh menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus pada 7 Februari dan 15 Februari dan rebat 30 peratus pada 10 Februari. 

"Manakala di lebuh raya lain, pengguna akan menikmati diskaun tol di antara 15 peratus hingga 37.5 peratus pada 9, 10 dan 11 Feb," katanya kepada pemberita ketika melawat tapak projek pelebaran lorong keempat Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di kawasan Rehat dan Rawat Seremban arah selatan di sini, Isnin. 

Mengenai projek pelebaran lebuh raya dari tiga lorong kepada empat lorong di antara persimpangan Shah Alam ke plaza tol Jalan Duta ke Rawang dan dari persimpangan Nilai Utara ke Port Dickson melibatkan beberapa jajaran di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) sepanjang 63.3 kilometer, katanya ia dijadualkan siap pada Disember 2014. 

Sehubungan itu, beliau berharap projek pembinaan persimpangan bertingkat Seremban yang baharu akan dapat disiapkan dalam waktu yang sama atau lebih cepat. "Untuk itu, saya telah meminta Lembaga Lebuhraya Malaysia agar berbincang dengan kerajaan Negeri Sembilan untuk mengeluarkan 'certificate of urgency' supaya kerja-kerja pembinaan persimpangan bertingkat yang baharu itu dapat dilakukan (dimulakan) dengan segera. 

Ini supaya masalah kesesakan yang dihadapi oleh pengguna yang ingin memasuki bandar ini dapat diatasi dengan segera," katanya. Shaziman juga meminta dihentikan kerja pembinaan di lebuh raya kecuali kerja kritikal bagi mengelakkan gangguan kepada kelancaran aliran trafik sepanjang tempoh operasi bersepadu Ops Selamat dari 3 Februari hingga 17 Februari. 

"Saya juga meminta supaya meningkatkan kadar kekerapan rondaan di lebuh raya bagi persediaan dalam menangani perkara di luar jangkaan. Selain itu, kita minta syarikat konsesi menyediakan lebih banyak data atau informasi bergerak untuk dimaklumkan kepada pengguna apabila berlaku kesesakan dan sebagainya," katanya. -BERNAMA

Fakta Penting :
  • Diskaun dan rebat tol antara 5 dan 37.5 peratus sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 10 dan 11 Feb.
  • Bagi Lebuh Raya Plus, Pengguna kelas 1 yang menggunakan bayaran tol secara elektronik boleh menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus pada 7 Februari dan 15 Februari dan rebat 30 peratus pada 10 Februari.
  • Di lebuh raya lain, pengguna akan menikmati diskaun tol di antara 15 peratus hingga 37.5 peratus pada 9, 10 dan 11 Feb.
JADUAL REBAT DAN SENARAI DISKAUN TOL SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2013 
BIL LEBUHRAYA TARIKH KADAR (%)
1 PLUS 7, 10 & 15 Februari 2013
3 hari
Rebat sepanjang masa sebanyak 20% pada 7 & 15 Februari 2013; 30% pada 10 Februari 2013 kepada pengguna ETC Kelas 1
2 SPDH 7, 10 & 15 Februari 2013
3 hari
Rebat sepanjang masa sebanyak 20% pada 7 & 15 Februari 2013; 30% pada 10 Februari 2013 kepada pengguna ETC Kelas 1
3 ELITE 7, 10 & 15 Februari 2013
3 hari
Rebat sepanjang masa sebanyak 20% pada 7 & 15 Februari 2013; 30% pada 10 Februari 2013 kepada pengguna ETC Kelas 1
4 BKE 7, 10 & 15 Februari 2013
3 hari
Rebat sepanjang masa sebanyak 20% pada 7 & 15 Februari 2013; 30% pada 10 Februari 2013 kepada pengguna ETC Kelas 1
5 LINKEDUA 7, 10 & 15 Februari 2013
3 hari
Rebat sepanjang masa sebanyak 20% pada 7 & 15 Februari 2013; 30% pada 10 Februari 2013 kepada pengguna ETC Kelas 1
6 GUTHRIE TARIKH 20% (Semua kelas, tunai & ETC)
7 LKSA TARIKH 20% (Semua kelas, tunai & ETC)
8 AKLEH TARIKH 20% (Semua kelas, tunai & ETC)
9 KESAS 10 Feb 2013
12:00am hingga 11:59pm
20% (Semua 1, tunai & ETC)
10 DUKE 10 Feb 2013
12:00am hingga 11:59pm
10% (Semua kelas, tunai & ETC)
11 SMART TARIKH 10% (Semua kelas, tunai & ETC)
12 LDP* 10 Feb 2013
12:00am hingga 11:59pm
*Diskaun RM0.60
(Semua kelas, tunai & ETC)
13 SPRINT* 10 Feb 2013
12:00am hingga 11:59pm
*Diskaun RM0.20
(Semua kelas, tunai & ETC)
14 KL-KARAK TARIKH 20% (Semua 1, ETC sahaja)- 2 hari
15 LPT 1 TARIKH 20% (Semua 1, ETC sahaja)- 2 hari
16 NPE TARIKH 10% (Semua 1, tunai & ETC)
17 BESRAYA TARIKH 10% (Semua 1, tunai & ETC)
18 NNKSB TARIKH 10% (Semua kelas, tunai & ETC)
19 GRANDSAGA TARIKH 10% (Semua kelas, tunai & ETC)
20 MEX TARIKH 10% (Semua kelas, tunai & ETC)
21 LEKAS
(PT Ampangan Shj)
TARIKH 10% (Semua 1, tunai & ETC)
22 SDE TARIKH 10% (Semua 1, tunai & ETC) – 2 hari
23 SKVE TARIKH 5% (Semua 1, ETC shj)
24 BORR
(PT Perai Shj)
TARIKH 15% (Semua 1, tunai & ETC)
Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
8 Februari 2013 4:37 PTG

selamat haun baru!

Tanpa Nama
10 Februari 2013 9:40 PTG

gong xi fa cai!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger