Pusat Pameran Lotus di Malaysia! dan lancar Exige S dan Elise S


Lotus Cars Malaysia secara rasminya membuka pusat dan bilik pameran perdana pertamanya di Malaysia, yang berada di lokasi strategik di Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Bersempena dengan majlis pembukaan itu, Lotus turut memperkenalkan dua model baharunya untuk pasaran Malaysia, Lotus Exige S dan Elise S. 

Majlis perasmian pembukaan tersebut telah dirasmikan oleh Penasihat Proton yang juga mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dengan diiringi oleh Dato’ Sri Haji Mohd Khamil Jamil, Pengerusi Eksekutif Proton. 

Lotus Group Plc merupakan anak syarikat milik penuh Proton Holdings Berhad, syarikat automotif nasional yang ketika ini dimiliki oleh DRB-Hicom. Menurut Lotus, pembukaan pusat dan bilik pameran perdananya di Malaysia itu merupakan sebahagian daripada pelan pemulihan yang dirancang oleh DRB-Hicom, dengan jangkaan akan diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh dua tahun akan datang. 

Pusat Lotus berkenaan bakal menawarkan pengalaman lengkap dengan kelengkapan bilik pameran, blok interaktif pelanggan dan pusat servis yang turut membolehkan pelanggan mendapatkan alat ganti untuk kereta Lotus mereka. 

Mengenai kedua-dua model baharu yang dilancarkan, Lotus Exige S ditawarkan dalam dua varian iaitu roadster dengan harga RM452,030, sementara varian coupe dijual pada harga RM467,230. Lotus Elise S pula ditawarkan pada harga RM332,300. Setakat ini Lotus Cars Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual antara 100 ke 200 unit kereta Lotus di pasaran Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ










 Artikel ini dipetik dari : Arena Kereta
Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
10 Januari 2013 8:56 PTG

mmm... model lama nh.. bagilah diskaun untuk rakyat malaysia..

30 Mei 2013 8:52 PG

memang pon..cane la nk laku kalo mahal sangat..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger