Kereta sedan keluarga paling popular Malaysia, Proton Saga FLX diberikan tiga bintang dalam Asean NCAP (Program Penilaian Kereta Baru).
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Proton Holdings Bhd berkata keputusan ujian perlanggaran bahagian depan Asean NCAP pertama diumumkan hari ini pada Hari Terbuka Asean NCAP yang diadakan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di makmal pelanggaran di Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan di Melaka.
Pengerusi Eksekutif Proton Holdings Bhd Datuk Mohd Khamil Jamil berkata kini sudah tiba masa untuk mengubah persepsi tentang jenama Proton, kerana ia adalah kereta yang berkualiti baik dan pada harga berpatutan.
"Arah baru Proton untuk meningkatkan lagi produk kami di semua peringkat, jelas menunjukkan komitmen kami untuk menyediakan pelanggan kami dengan tahap perlindungan keselamatan yang tinggi.
"Pencapaian ini adalah bukti usaha memperbaiki kualiti kereta Proton dan bahawa Proton Saga merupakan kereta selamat yang lulus program penilaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa - Asean NCAP," katanya hari ini.
Mohd Khamil berkata Proton Saga FLX yang memiliki kemajuan teknikal dan ciri-ciri keselamatan, dikenali kerana prestasi, pemanduan dan pengendalian yang hebat.
Sejak diperkenalkan, Saga generasi baru telah menjadi sangat popular, dan menerima pelbagai anugerah, termasuk memenangi anugerah seperti Kereta Sedan Kompak Nilai Terbaik NST dan Anugerah Sedan Kecil/Bersaiz Sederhana Terbaik Autocar Asean pada 2012.
Beliau berkata anugerah itu bukan hanya tentang Proton, tetapi peranannya untuk meningkatkan lagi piawaian keselamatan industri kereta nasional.
"Sebagai syarikat kereta nasional, kami terus meningkatkan rangkaian produk kami untuk memenuhi keperluan pasaran hari ini, dan ia tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa sokongan kerajaan dan badan-badan yang menyokong seperti MIROS," katanya.
-- BERNAMA
sumber gambar : geartinggi.com
+ comments + 7 comments
satu-satunya model yang boleh diharapkan.. tahniah dan syabas.
saga adalah produk terbaik dari proton. kalau nk bandingkan yg lain mcm persona dan exora. cuma preve x nampak lg camna, harapa ada peningkatan kualiti dan imej pada preve tersebut.
harap kerajaan boleh bg diskaun untuk model saga. kira mcm rebat bg yg x mampu la..
aku harap proton boleh tgk balik part service. mcm mahal la. kalau nk banding service saga dan myvi, murah lg myvi. harap proton boleh tgk balik dan jadikan saga ini benar-benar sebuah kereta rakyat.
harap proton menitik beratkan model ini. mungkin nanti boleh keluar Saga hatchback dan sedan guna proton emas. ok jugak tu.
tahniah proton. saga memang kereta proton paling best! kira kereta legend mcm vw bettle.
aku harap proton saga ada identiti yg patut dikekalkan dari mula ia diperkenalkan.
Catat Ulasan