PROTON EXORA BOLD STANDARD 1.6 CFE


Proton telah memperkenalkan varian terbaru bagi model Exora iaitu Exora Bold Standard dengan CFE! Model ini berada kategori paling bawah bagi model yang dilengkapi enjin turbo CFE dan masih dilengkapi bodykit kecuali rear spoiler.

Harga yang ditawarkan RM68550(Solid) dan RM69000(Metalik), dan tidak dilengkapi reverse sensor, steering wheel with audio switches, front fog lamps, rear spoiler, auto cruise, reverse camera, boot organiser, door visor, tinted windows, multipurpose container, navigator dan hanya menggunakan rim biasa.

Ciri-ciri CFE Standard ini hampir menyerupai model Exora 1.6 cps biasa, cuma ia dilengkapi dengan enjin yang lebih berkuasa iaitu CFE. Bagi saya, Exra Bold CFE Standard ini lebih berbaloi jika dibandingkan dengan Exora Bold 1.6 CPS (RM67212~RM71762) berdasasrkan perbandingan enjin dan aksesori yang boleh didapati di dalamnya.

ads : Unlimited Mobile Internet click here >>> http://my.shareddis.com/p/9GQ0g

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ



Sumber : Proton-Edar
Gambar : Arena-Kereta

Share this article :

+ comments + 92 comments

Tanpa Nama
9 Januari 2013 9:01 PTG

warna apa yang ditawarkan? mcm exora b-line ke?

Tanpa Nama
9 Januari 2013 9:04 PTG

jadi serba salah pulak. nak ambik yg cps ke atau cfe standard. kemampuan lingkungan ni je.

Tanpa Nama
9 Januari 2013 9:12 PTG

kalau saya akan ambik exora bold cfe la. walaupun standard, kemudian boleh tambah spoiler, fog lamp dan rim sukan 17 inci. memang cun!
exora cps pun xde fog lamp, spoiler. cuma ada rim sukan itupun x cantik mana pun.

Tanpa Nama
9 Januari 2013 9:33 PTG

dengan harga ni boleh dpt alza premium dgn full bodykit. aksesori full, cuma alza kecik dan mpv yg comel!

Tanpa Nama
17 Januari 2013 2:23 PTG

brake disk depan belakang. mmg best!

Tanpa Nama
17 Januari 2013 10:03 PTG

selain itu ekon semua row ada. kira ok la juga.

Tanpa Nama
30 Januari 2013 10:44 PG

sapa yg penah pakai exora cfe ni? ok x?

4 Februari 2013 3:50 PTG

salam..saya baru jer amik Exora CFE turbo ni..Dalaman untuk versi std mmg tak semewah accessori untuk premium..prestasi enjin dan safety..sama..bezanya..tiada button radio di steering..tiada spot rim..seat kulit..spoiler..fog light..yg lain semua sama..beza 10K..dimana kalau pasang kat kedai pon tak la sampai 10K..rasanya masih berbaloi-baloi..warna putih dan silver sahaja..saya baru selesai servis 1000km..memang berbaloi beli yang CFE...tak caya beli..dulu aku pun tak suka proton car..tapi bila aku dengar kawan2 yang pakai CFE kata best..memang betul-betul best! tabik proton

4 Februari 2013 3:51 PTG

salam..saya baru jer amik Exora CFE turbo ni..Dalaman untuk versi std mmg tak semewah accessori untuk premium..prestasi enjin dan safety..sama..bezanya..tiada button radio di steering..tiada spot rim..seat kulit..spoiler..fog light..yg lain semua sama..beza 10K..dimana kalau pasang kat kedai pon tak la sampai 10K..rasanya masih berbaloi-baloi..warna putih dan silver sahaja..saya baru selesai servis 1000km..memang berbaloi beli yang CFE...tak caya beli..dulu aku pun tak suka proton car..tapi bila aku dengar kawan2 yang pakai CFE kata best..memang betul-betul best! tabik proton

Tanpa Nama
5 Februari 2013 1:33 PG

enjin cfe dgn gear cvt mmg terbaik. aku bawak preve mmg x caya pd mula, bila dah bawak.. mmg trbaik. preve dan exora cfe mmg taruhan proton yg terbaik.

Tanpa Nama
17 Mac 2013 2:55 PTG

salam.. aku baru ja nak ambik exora cfe turbo standard.. semua dah siap loan dah approve.. aggrement dah sign.. duit muka dah bayor.. tunggu nak register number plate ja.. tapi bila aku baca dalam internet cerita pasai exora bold bermassaalah pasai gear box la, wireing la dan macam2 lagi yang aku dengar jadi aku naik risau la plak.. nak cancek dah tak bole dah.. so go on ja la.. aduss tensionnn..

Tanpa Nama
17 Mac 2013 3:00 PTG

sapa2 yg pernah pakai exora bold standard.. nak minta pendapat korang ok ka tak..?

Tanpa Nama
27 Mac 2013 9:50 PG

salam.. Sy dh pkai sebulan. Mileage 3500 dh. Nk kongsi fc kereta ni. Sy isi myk shell rm80 kt smpg 4 alor star. Smpi pj/tmn medan. Myk ada lg 130km bleh jln. Kalau dr segi masalah. Alhamdulillah. Sy x mengalami masalah. tak maslah pun. Pemanduan mmg tip top.

Tanpa Nama
1 April 2013 1:46 PTG

Saya baru guna exora bold cfe...stnd..je...tp mmg ok..naik bukit..sedap jer...skrg ni dh hampir 2 bln pakai...alhandulillah x de mslh...mmg lah ruang dlm dia x semewah mana tp tu semua blh diubah ikut citarasa kita...pendek kata mmg berbaloi..

Tanpa Nama
2 April 2013 10:39 PG

sy dh pkai sbulan cfe stndet ni.millege dh 1.3k .xdak poblem lg.tkan pdal myk skjap je naik 180.pikup mmg syok oo.dh tmbh spoiler,door visor,eyelip,,dvd player,foglamp,spotrim,reverse snsor,tnted keliling,dashboard cver,console box,pdang crome,xsmpai pn 2.5k..puashati dh prstasi dn accessories tmbahan

ganukite
3 April 2013 4:41 PTG

huhuhu.. mmg terliuq nak.. tunggu clear hutang kecik2 dulu pastu nak sambar gak lepas bulan nam nantiiiiii....

Tanpa Nama
13 April 2013 9:40 PG

salam saya baru je booking 1 exora bold cfe standard ni loan semua dah lulus cuma tunggu kereta sampai je, dah buat semua kajian n tanya kwn2 yang dah pakai keta ni semua takde masalah n memang berbaloi.

Tanpa Nama
13 April 2013 10:31 PG

setakat ni, mpv yg ni lah paling ok. mampu milik.

Tanpa Nama
23 April 2013 4:20 PTG

AsSalam. Awal bulan 4/2013 baru ni,genap setahun ambe pakai Exora Bold CFE premium,milage 23000km.Sebelum pada tu,ambe pakai Nissan Sentra 1.6 tahun 2004,kata orang..pakai kete jepun bagus,sebab berkualiti.Tapi dok jugok sebenornye...Ambe 'bela nissan sentra tu hampir 3 tahun lebih(ambe beli kete 2nd,hok bos ambe dulu,dia jual kat ambe,dia rembat honda arcord 'transformers' plop).Dan sebelum pada ambe pakai nissan sentra,ambe pakai proton saga 'kete kebal',tapi ambe jual sebab accident. Ambe buka nak 'nyoho' yg ambe ni brehi tukor kreta,tapi ambe nok crita dari segi 'money for velue/value for money',mane2 jelah! Masa ambe pakai proton saga kete kebal dulu,prestasinya amat memuaskan hati,kalu dok sabit accident,ambe dok jual kete tu,ambe sayang kete tu,mentenen rendah,minyak jimat,pikap ade walaupun 1.3cc je..dan pernah sekali tu,'kete kebal' ambe nim,pernah muat 9 orang sekali gus dalam 1-1 masa! Dan still pikap! Tapi di sebabkan abme accident (orang langgar belakang),memang rosak teruk,bila hantar bengkel utuk repair,pastu terus jadi tak sedap,jalan macam ketam! Ambe pun sambar la plop nissan sentra,nak beli baru,tak mampu..ambek je la yg 2nd..pada mulanya memang sedap,minyak save (kete jepun la katakan),setelah beberapa tahun,dia mula buat hal.. Kete tu 'mati' dgn sendiri bila 'RPM' rendah,pegi anto baiki,ok sekejap,pastu jadi balik,pi anto baiki lagi,ok sekejap,pastu jadi balik,begitulah seterusnya.. baiki,pastu ok,pastu baiki lagi,pegi ke nissan centre pun dia tak bleh buat ape2..last-last dia tukor 'spark plug',katenya kete ambe pakai spark plug yg nissan x-trail punya..tapi,masih jadi jugak..(mati tiba-tiba)...Pernah sorang pomen tu cakap,"kete kau ni kena 'santau' dah ni!..hhahhahahahahaaa..." last skali,ambe dah 'putus angin' nak baiki dan bela nissan sentra ambe tu,dan ambe survey MPV plop,abis model MPV ambe survey,dari toyota innova,avanza,rush,nissan grand livina(tapi ambe tak berapa minat sangan nissan livina,sebab dia nissan!),ambe pi tenggok chery easter,samapi ke toyota wish(tapi ambe tak mampu beli,yg recond pun dah RM120K,ape cite....itu pun yg dah orang pakai).. Penyudahnye,ambe angkat EXORA BOLD CFE 1.6 PREMIUM!,time tu,takde yg CFE standard lagi...kalu ade,ambe baham hak standard tu jugak... Ambe nak kongsi 'kepoweran' bold cfe ni,sepanjang setahun ambe pakai Bold cfe ni,dah hampir 1 semenanjung ambe round,ambe tinggal di daerah kemaman,terengganu.Dari kemaman ke KL,naik ke perlis melalui plus highway,siap kena saman speed trap lagi kat area penang sebab pandu laju,pernah sekali,meter cecah 195km,steady je ambe bawak sebelah tangan sebabtangan sebelah lagi,ambek gambo meter tengah cacak 195km,kaki pedal minyak tak jejak ke lantai lagi..takde gegar..dan time yg ambe paling suka,time ambil selekoh..memang terbaik! tuned by lotus! anak2 ambe dah buat macam rumah dah kat seat belakang tu tiap kali ambe gi jalan jauh..ambe rebahkan 2 row seat kat belakang tu,pastu ambe hampar tilam toto,gasak la korang kat belakang tu,jangan ganggu abah bawak kete,dah! Kesimpulanya,PROTON EXORA BOLD CFE memang terbaik! kalau ada orang cakap 'tak best'..memang orang tu 'buta sejarah'... Ambe tabik spring kat proton sebab mampu hasilkan kereta sebaik nih! Sekian,Terima Kasih... -Fadhil,Kemaman,Terengganu-

Tanpa Nama
19 Jun 2013 10:26 PG

hehehe...

Tanpa Nama
19 Jun 2013 10:29 PG

Koi punya sxora bold accident dah..tertidur masa memandu pasai syok sngt duk dalam kete..ingatkan atas tilam..tapi masalahnya kete dah ok ble p test drive tarik pick up sket ( pasal rindu 2 bln lebih dah tersadai kat bengkel)ada bunyi..chek2 dorang detect problm kat gear box walhal masa accident langsung xkena pada gear box cuma radiotor je yang pecah.pomen ckp kalau air radiotor abis pon blh effect kat gear box gak..betul ke??

19 Jun 2013 4:05 PTG

Exora CFE STD bermula production May 2013...sudah di tambah reverse sensor...

Tanpa Nama
21 Jun 2013 11:26 PG

saya dah 2 bulan lebih guna exora bold cfe std ni...lbih kurang 5000km..mcm2 aksesori tambahan..setakat ni alhamdulillah xde apa2 masalah yang besar cuma getah wiper keras mungkin kerap berjemur bwh panas kot, yang lain2 ok minyak pn ok untuk sebuah mpv, bawa pn memang sedap...terbaik

Tanpa Nama
26 Jun 2013 11:00 PG

Ya ke En Rizalihadi Kasim! Dah ada reverse sensor ke Bold CFE STD tu. Takkanlah Proton tak nak bagi percuma kepada pemunya yang terdahulu. Antaranya ialah saya. Kalau dapat free lagi bagus. Walau apapun, saya sebagai pemunya BOLD CFE STD (Feb 2013) amat dan AMAT berpuas hati dengan prestasinya. Setakat Innova 2.0 tu, saya berani LAWAN... Tq

Tanpa Nama
26 Jun 2013 12:57 PTG

Saya juga telah memiliki EB premium.....dah cecah 13000km dah al-hamdulillah semua dlm keadaan baik...puas hati tak de masalah setakat ni...power memang terbaik lah....

Tanpa Nama
27 Jun 2013 3:30 PTG

Reverse sensor memang dah ditambah untuk exora cfe bold standard..tapi kena tambah duit RM150..Tapi aku suruh sales advisor topup duit dia..hehe..yg takde reverse sensor tu pi tambah kat kedai acc.. tak void waranty rasanya :P

Tanpa Nama
30 Jun 2013 9:49 PTG

Mmg bebaloi

Tanpa Nama
11 Julai 2013 9:19 PG

Mungkin betul sbb gear box cvt gunakan radiator nyer sendiri. Tdk spt kereta lain. Untuk makluman enjin campro turbo mempunyai 4 radiator

Tanpa Nama
12 Julai 2013 7:09 PTG

mana lebih berbaloi ambil exora cfe premiun or cfe standard?

Tanpa Nama
15 Julai 2013 12:32 PTG

kalau mampu beli premium, ambik yg premium la.. dah tentu full aksesori.

Tanpa Nama
16 Julai 2013 10:10 PG

Fadhil,Kemaman,Terengganu,

Saya setuju dengan pandangan tuan. Tq

Tanpa Nama
16 Julai 2013 10:16 PG

"...Setakat Innova 2.0 tu, saya berani LAWAN... Tq"

Kenyataan di atas memang saya sokong 200%. Usahkan Innova tuan, WISH 1.8cc pun saya berani "hambat" kalau nampak melampau sangat. Memang tak boleh menang tapi, belum sempat dia keluar dari kereta, saya dahpun sampai di sisinya. Dan satu lagi... Saya pantang nampak innova, memang saya ajak race. Memang makan asap la dia tapi kadang-kadang, saya juga TERMAKAN asap!!! hehehe

19 Julai 2013 1:42 PG

Saya pernah dr gambang ikut lpt ke chenor speed 190..memula civic 1.8 nak folo masa sy speed 160 than jumpa estima aeras bila dua2 ni follow blkg sy pecut smpi 190 dorg tggl blkg dlm jarak 100 meter smpi sy exit chenor.myk dr johor (JBO) KE kuantan ikut segamat cuma rm50 jer.kira ok dgn speed 120 jln dlm kan.overall saya puas hati tp nak buat gak sound proof and nak tukar absorber yg premium.standard cfe agak bumping

19 Julai 2013 10:03 PG

Salam..bro...nk tanya sikit..kerusi exora bold selesa tak?sebab dulu pnah naik exora lama..jalan jauh tak selesa..sakit pinggang..kerusia keras

19 Julai 2013 10:07 PG

Salam..bro..nk tanya sikit tntng exora bold..kerusi dia selesa tak?lau jalan jauh sakit pinggang tak?dulu penah naik exora lama..jalan jauh sakit pinggang..kerusi keras..tahun depan cadang nak angkat satu..dah jatuh hati

20 Julai 2013 12:00 PTG

Exora bold cfe standard colour dah tambah serupa premium. .... ada kat juru autocity... tengok masa hantar servis pagi ni

20 Julai 2013 12:19 PTG

Reverse sensor pun ada....matching body colour. Cfe standard dah bertambah standard

Tanpa Nama
11 Ogos 2013 12:30 PG

salam semua.. kawan nk tnye.. exora cfe standard brake disc depan dan blkg ke.. atau depan je??

Tanpa Nama
13 Ogos 2013 1:22 PTG

BRAKE DISC DEPAN BELAKANG RASANYA..

13 Ogos 2013 6:07 PTG

aku baru je pakai cfe standard seminggu.kete lama kena curi 2mggu puasa. sempatla beraya kete baru. stkt ni ok xde masalah.

13 Ogos 2013 6:08 PTG

aku baru je pakai cfe standard seminggu.kete lama kena curi 2mggu puasa. sempatla beraya kete baru. stkt ni ok xde masalah.

Tanpa Nama
21 Ogos 2013 9:12 PG

Sesiapa yang mampu, belilah Exora Bold. In Sya Allah, tuan/puan tidak akan kecewa. Saya pakai yang standard dari bulan Feb 2013. Memang berbaloi-baloi. Tapi ingat, keluaran tahun 2013 la. Melalui komen-komen pemunya EB dalam pelbagai blog, saya dapati keluaran 2012 memang ada sedikit masalah. Tapi saya punya setakat ini, alhamdulillah, syukur kepada Allah.

Kenapa TANPA NAMA, jawapannya ialah saya tak tahu nak buat supaya nama saya tertera di situ. Tapi kenyataan ini adalah ikhlas daripada saya sebagai pengguna EB Versi Standard Tahun 2013.

Tq

Tanpa Nama
13 September 2013 9:16 PTG

Nak tanya 2.5k tu buat kat kedai mane? Saya pun tgh cari kedai nak tambah acc...

Tanpa Nama
16 September 2013 8:31 PTG

Saya pun ada sebijik bold cfe standad...odo sekarang 3550...masalah 1 lampu brake belakan pemandu masuk air tapi leh clam...masalah 2 isi minyak penuh nak jalan je sampai minyak kering yg tu tak leh clam..hehehehe...pueh hati den jang!!!!!!

awang selamat
18 September 2013 6:23 PG

kalau ada duit tk perlu susah2 beli proton, merugikan dri sendiri, tak pyh tunjuk patriotik nk support national car, tapi govt sendiri yg tak serius untuk selesaikan ritihan pelangan proton terutama di SC yg teruk sekali, buat kerja janji masuk duit, bukan mementingkan QC kerja

Tanpa Nama
18 September 2013 8:36 PG

Kepada awang selamat!

Terima kasih. Saya menghargai pendapat peribadi tuan. Setakat ini, saya pernah memakai proton saga, iswara, wira sedan dan kini wira aeroback 1.5 dan exorabold. Kesemuanya milik Allah dan sebagai pemegang amanah, saya menyukainya kerana memberi saya banyak kemudahan. Sedikit kelemahan itu adalah adat kebiasaan sebagai makhluk/benda.
Anak buah saya, ramai yang menggunakan barangan import antaranya (wish, innova,naza ria, naza citra, vios, termasuklah keluaran perodua) kesemuanya ada masalah.
Tq

Tanpa Nama
8 Oktober 2013 10:17 PTG

Saya ambil exora bold cfe bulan mac 2013.minggu lepas accident dgn lori.skrg ada di bengkel. Pengalaman saya bersama exora bold selama 6 bulan amat memuaskan. Selesa dlm perjalanan jauh.naik bukit pn steady je biarpun muatan penuh.. Skrg saya guna myvi,rindu pla naik exora....harap2 cepatlah sembuhnya d hospital.

Tanpa Nama
11 Oktober 2013 1:07 PG

loan dh lulus utk EB premium, tgh tunggu plat WxxxxE keluar..hehe

trustdesign
11 Oktober 2013 4:01 PTG

Salam..saya antara pembeli terawal Exora Bold Premium (sebulan lepas launch dpt kereta) mileage skrg dh nak masuk 60K..2 kali dah masuk wad sbb eksiden langgar belakang kereta lain..spnjg sy guna ada 1 je masalah yg biasa terjadi pd exora bold 1st batch iaitu Oil Control Valve (OCV) yg bermasalah..tp ia disedari oleh pihak proton & masa sy buat servis diorg tukar dgn yg baru..Alhamdulillah smpai skrg xde lg problem yg lain..mmg berbaloi pd siapa2 yg berminat nak membeli Exora Bold ni..dpt yg standard pun ok..

Tanpa Nama
5 November 2013 9:59 PTG

Betul ke dah ada camera reverse...sy tanya salesmsn dia ckp tak ada..

Tanpa Nama
10 November 2013 8:52 PTG

Pg td dh byr booking. Memula kena lima ratus. Tp ckp kt salesman x dak duit, dia kata seratus pun boleh. Balance empat ratus lg dia dulukan agakny, aku pun x tau. Esok nk g sain agreement. Gaji minggu dpn bayar lg 1600 utk tambah loan ( masuk loan 69k, tp lulus 68k jek. Kena la tambah 1k lg ). Kalau x dak aral In Sya Allah 3-4 hr lepas byr tu dpt la exora cfe std tu.(sbb salesman kata kereta tu ada stok kt kilang). Ya Allah, mudahkanlah urusanku. Semoga memberi kemudahan dan keselesaan kpd anak dan isteriku nanti... Amiin..

Tanpa Nama
10 November 2013 11:49 PTG

Awal-awal cfe std ni dulu mmg x de. Tp model tu skrg dh ada reverse sensor.

Tanpa Nama
11 November 2013 12:15 PTG

moga dapatlah exora tu nanti... amin...

16 November 2013 9:05 PG

Saya tgah tggu exora bold cfe standard...dah booking..loan pun dh lulus...hehe...xsabarnye

16 November 2013 9:15 PG

Tanpa Nama..
Saya nak tanye laa..u buat semua penambahan aksesori tu kat mna?atau mmg psang kat Proton?

Tanpa Nama
20 November 2013 11:47 PTG

exora bold cfe saya keluar oct 2013. mileage 6500. engine tetiba mati. pusat servis kata masalah software. lepas update software ok skit. wiper exora stop kalau keta stop?

9 Disember 2013 8:18 PTG

alhamdulillah.. 20hb 12 ni genap setahun pki eb premium.. odo da cecah 29k.. setakat ni xde major problem cme baru2 ni masuk gear jadi jerking.. esok nak tanya sc.. da pernah buat reflush lepas raya puasa.. memang puas hati dengan eb ni.. pikap ada top pun ada.. ulang alik sungai petani ke bahau macam tak rasa je.. seatpun selesa..

Tanpa Nama
12 Januari 2014 2:38 PG

syukur alhamdulillah,bank dh lulus.saya dapat exora bold std turbo color t/black.kereta koyak plastik.sebelum ni pakai wira a/b second je tahun 1996.tapi dah banyak jasa dia.sayang gila kat wira tu.tak jual punya.boleh bagi orang tua kat kg pakai.sekurang2 tak kena hujan.

Tanpa Nama
15 Januari 2014 1:50 PG

bold radha bold....tak lusa minggu depa pi amik kereta aku pulak...amik stock 2013 dpt diskaun :-) tp takpe..beza tahun je...dah dibayar dgn diskaun tu..hehe...harap2 dipermudahkan segala urusan...(kalo takde public byk minggu ni...aku mst dok tido dlm eb std aku skarang + online guna yes 4g free)

Tanpa Nama
15 Januari 2014 6:40 PG

Saya pun sedang tunggu exora bold premium cfe mudah-mudahan minggu ni dapatlah hendaknya, Insya Allah

Dinasukri
6 Februari 2014 12:15 PTG

Saya baru ambik EB Premium cfe.memang best.keluasan puas hati.cuma kecewa sikit,firstday ambil,mlm nya cermin depan crack dengan sendirinya.Tak de pulak insuran cermin.1K juga tu.Lain tak de masalah.tip top.sebelum ni pakai MYVI.Sayang kat Myvi sangat2.apakan daya tak mampu pakai 2 kereta kerana masih ada 3 tahun lebih lagi ansuran.Bagi kat adik sambung bayar.Ada sesiapa yg pernah kena mcm ni ke?baru ambik kereta cermin dah crack??

11 Februari 2014 2:57 PTG

Assalamualaikum&salam sejahtera..
De x spe2 kat c'nie da pgi update ecu/tcu kat branch.?
Amacam de beza x.?
Lau milege bru 2k ok ?
Ingt nk p wat kat COE SHAH ALAM..
Tq

Tanpa Nama
15 April 2014 10:43 PG

update ecu pun ok. ambil yg latest.

18 April 2014 5:09 PTG

saya gune exora bold std sep. 2013 ,setakat ni ade 3 masalah pertama kereta berhenti wiper pun berhenti, kedua lampu warning cfe menyala dekat meter dan yang ketiga gearbox ade bunyi spai dlm keta....makna kata bunyi kat enjin masuk dlm keta..tak kedap bunyi.. tapi pikup memang power rangers..

Tanpa Nama
23 April 2014 3:31 PTG

Jatt. Wiper tu bukan masalah. Mmg mcm tu. Bila start jalan dia jalan blik. Itu teknologi BCM pd exora. Lampu cvt nyala maksud ada masalah pd cvt. Hantar g sc cepat. Gearbox cvt mmg ada bunyi humming. Sbb dia pakai belt bukan pakai gear. Tp kalau kuat sgt smpai radio pun x dgar maksud ada problem. Hantar sc chek. Boleh claim waranty kalau defect

Tanpa Nama
4 Mei 2014 9:19 PG

Saya dah pakai Proton EXORA BOLD Turbo versi 2014 selama sebulan. Setakat ini tak ada apa-apa masalah yang ketara. Exora ni sangat sesuai bagi yang berkeluarga besar sebab ia luas dan jimat minyak. Enjin sangat berkuasa dan boleh menyaingi MPV yang setaraf dengannya. Saya pernah test drive Perodua Alza tapi saiznya tidak memuaskan hati. Bagi yang ingin menempah MPV baru saya syorkan Proton EXORA.

Tanpa Nama
10 Mei 2014 3:47 PTG

nk tanya kalo masuk s/rim 17 berat x

Tanpa Nama
17 Mei 2014 10:48 PG

aku pengguna EB versi premium.last week sajer2 try power kt PLUS hiway menuju utara.bwk 180kmj tak rasa apa,handling ok,comfirt ok..boleh tekan lagi tu..yg best toyota velfire pn tak bole kejar.setakat ni dah 3bln guna kete ni,puas hati sgt2.myk pn save

Tanpa Nama
17 Mei 2014 11:20 PG

aku pengguna EB versi premium.last week sajer2 try power kt PLUS hiway menuju utara.bwk 180kmj tak rasa apa,handling ok,comfirt ok..boleh tekan lagi tu..yg best toyota velfire pn tak bole kejar.setakat ni dah 3bln guna kete ni,puas hati sgt2.myk pn save

Tanpa Nama
28 Mei 2014 6:13 PTG

Saya baru booked minggu lepas. Insya Allah, seminggu dua lagi dapatlah Exora Bold 1.6 CVT Premium. Semoga semuanya berjalan lancar, mudah dan selamat. Teringin sangat nak pakai kereta baru sebab Iswara 1.3AB yang saya pakai dah berusia 12 tahun (tapi masih OK). Teringin pakai MPV supaya isteri dan anak2 tersayang dapat merasa lebih selesa.

11 Jun 2014 4:35 PG

salam sahabat,,kawan kawan semua. exora kawan cps auto hl.2009 setakat ni ok tiptop servis ikut jadual..pusing2 malaysia semua pelusuk dah sampai odo cecah 112k. bawa keluarga dan org tua memang selesa (nak tidor bentang toto meleleh air liur ooo hehehhe). ekonomi dan selamat. jadi pada mana mana orang yang nak komplen bukan bukan kat exora ni ..try dulu baru cerita. tahniah pronton..i lap u..

11 Jun 2014 4:36 PG

salam sahabat,,kawan kawan semua. exora kawan cps auto hl.2009 setakat ni ok tiptop servis ikut jadual..pusing2 malaysia semua pelusuk dah sampai odo cecah 112k. bawa keluarga dan org tua memang selesa (nak tidor bentang toto meleleh air liur ooo hehehhe). ekonomi dan selamat. jadi pada mana mana orang yang nak komplen bukan bukan kat exora ni ..try dulu baru cerita. tahniah pronton..i lap u..

Tanpa Nama
29 Jun 2014 1:26 PTG

slm, sy dh booking exora bold cvt premium cfe harga slps diskaun rm2500 rm75784, bayar muka rm5384 dapat minyak free lg, alhamdulillah

Tanpa Nama
6 Julai 2014 4:01 PTG

Tiptop!!
Grand livina pon blh tggl blkg.Tak caya test atas highway.
Mmg terbaik bos..
*CFE Stdt*

10 Julai 2014 7:49 PTG

Salam rakan2 seperjuangan....

Exora bold premium - less 4k
Exora bold standard -less 2.3k
'Discount sedara mara'

Bini aku sibuk nk kene besar tapi mampu milik.Memang plan nak amik Exora Bold Premium.Tapi ape kan daya loan lulus 66k saje.Pengsudah kene tambah la skit utk deposit.

Bezanye yang aku tau la
1.spotlight
2.spoiler
3.rim
4.leather seat
5.dvd
6.4g broadband
7.triming dalam
8.steering audio control

Tapi aku tetap bersyukor skang ni anak2 aku x gaduh nak dok dlm kete selfish aku bile blk kampung.

Btw aku memang x percaya sgt kete msia ni sbb harga die agak mahal dan tambah skit je blh dpt kete jepun.But aku bangga skang dapat sokong produksi kereta tempatan.

Tanpa Nama
12 Julai 2014 4:41 PTG

Bakpe Ada Exora Bolt Bonet Belakang Ada Tulis Turbo Setengah Tu,Tulis Cfe...Apa Bezanya..Bleh Sape2 Terang....

Tanpa Nama
14 Julai 2014 8:55 PG

turbo tu untuk model baru 2014. diorang skrang dh x guna emblem cfe. sekarang proton nk bagi mudah paham pengguna enjin proton guna turbo

11 September 2014 11:56 PTG

Bold Premium ada rebate rm4k?? Skang ada lagik tak??

Tanpa Nama
24 September 2014 2:14 PG

Bln September ada 5% less utk pengguna yg ada suami/isteri/mak/ayah yg ada kete proton,berbaloi sbb sy pun br ambil EB standard n dpt less 3k+.



Tanpa Nama
27 September 2014 6:23 PTG

Saya bukan nk kondem proton tp tolong baca forum exora dulu sebelum beli..byk masalah..macam biasalah proton...

Tanpa Nama
27 September 2014 6:23 PTG

Saya bukan nk kondem proton tp tolong baca forum exora dulu sebelum beli..byk masalah..macam biasalah proton...

Tanpa Nama
27 September 2014 6:33 PTG

Kesian pengguna proton..masalah bertimpa2..habis duit p repair je..

Tanpa Nama
30 September 2014 7:58 PTG

Tu mungkin model lain @ exora lain.tp hakikatnye sy guna dh 22bulan(28000km) xde mslh nk repair apa...

6 Oktober 2014 6:53 PG

Tapi baguslah kalau proton dah dpt memenuhi citarasa/ kehendak rakyat malaysia.

6 Oktober 2014 6:56 PG

Org syg Bini n ank2 takkan bwk laju gilleer. Yg penting keselamatan Dan keselesaan.

6 Oktober 2014 7:01 PG

Saya pun berkenan dgn exora tp ape ke Jadah yg letak gear kat kwsan lutut. Cukup tak selesa Dan menyempitkan. Lagi satu seat depan tak cukup luas.

Tanpa Nama
14 Oktober 2014 12:58 PG

Salam semua.. Insyaallah x lama lagi dapat exora bold premium warna gold.. Cuma saya nak tanya, pendapat/ pencerahan tentang apa2 yang perlu saya check semasa mengambil kereta nanti.. Sebelum nie pakai waja 4g18.. X biasa dgn auto/ cvt dan characteristics die.. Apa yg x normal Dan normal.
Pandangan anda semua amat saya hargai.. Terima kasih banyak2.. ;)

Tanpa Nama
20 Oktober 2014 11:43 PG

Askm saya pun baru nak ambik Exora Bold Turbo Basic. Tgu loan approve, InsyaAllah minggu nie. Nak Tanya sikit? Apa pendapat kalau nak pasang ngv pada Exora Bold Turbo? Ada yang berpengalaman tak?

Tanpa Nama
1 Oktober 2015 3:51 PTG

exora baru skang dah kurang problem...cume ade komen ckp vellfire pun xleh kejar,estima pun kene tinggal dan 180kmh masih lg selesa itu sbb nk sedapkan hati..kete2 lain mcm estima,vellfire tu sengaja je xnk kejar..even kalau btl2 pulun myk alza pun boleh..xyh gebang lebih sgt wlupun aku sndiri pgguna proton dh 3 buah proton n aku pun supprt proton tp xde la nk mengelentong lbh sgt..psl 180 xrase ape itu tipu,aku bwk waja cps standard pun raselah..ko ingt bmw merc audi ke bwk 180 x rase..dgn bunyi yg x sound proofing ko boleh selesa ke bwk 180-190?bukn nk kondem tp jgn puji melambung sgt..walupapun exora cfe trbaik dlm kelasnya dan jgn banding lbh2 plak

Tanpa Nama
6 Disember 2015 7:46 PTG

Wira se saya boleh je 180...tapi habis beribu kat suspension la dan full sound proof hehe.

27 Januari 2016 8:28 PTG

Teman tgh tggu loan lulus..amk exora bold

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger