Penyelesaian Inovatif Tingkatkan Keselamatan Jalan Raya


Syarikat pengeluar kenderaan Sweden, Volvo Trucks, berganding bahu dengan Agensi Inovasi Malaysia untuk mencari penyelesaian inovatif bagi menjadikan jalan raya di Malaysia lebih selamat untuk motosikal dan trak. 

Pengarah urusan Volvo Trucks Malaysia Mansoor Ahmed berkata inisiatif itu, dikenali sebagai Penyelesaian Inovatif Bagi Mengurangkan Perlanggaran Trak dan Motosikal (iSTREC), akan dibahagi kepada dua peringkat dan dilaksanakan sepanjang tahun ini. 

"Fasa pertama inisiatif ini akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan akan datang, yang melibatkan penyelidikan bagi mencari penyelesaian inovatif, manakala fasa kedua akan dilaksanakan berserta program kesedaran di seluruh negara. 

"Kami sedar pentingnya mengurangkan jumlah kecederaan dan puncanya, oleh itu kaedah tradisional dan moden akan digunakan untuk mendampingi lebih ramai pemandu trak dan penunggang motosikal," katanya dalam kenyataan Rabu. 

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur mendedahkan bahawa kenderaan komersil seperti trak, bas dan treler merangkumi jumlah kenderaan paling banyak yang melibatkan kemalangan maut dengan penunggang motosikal. -- BERNAMA
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger